Pada 19 Ogos 2020 (Khamis), Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah menganjurkan Sambutan Hari Guru 2020 bertempat di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis Hari Guru PPDKK 2020 telah dirasmikan oleh YBHG Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul, Pengarah Bahagian Profesonalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Sempena perayaan Hari Guru PPDKK, lima Anugerah Khas Hari Guru telah disampaikan. Puan Susan Chin (Guru Cemerlang Kimia) dari SM All Saints telah menerima Anugerah Guru Inovatif.


