Highlight Bulan Ini  

 

 

 

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form
Posted by on in LINUS
  • Font size: Larger Smaller
  • Hits: 64
  • 0 Comments
  • Print

BENGKEL KEJURULATIHAN TOT OMBAK MAJLIS GURU KAUNSELING DAERAH KOTA KINABALU ANJURAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

 

FasiLINUS PPDKK telah menawarkan diri untuk menghadiri BENGKEL KEJURULATIHAN TOT OMBAK MAJLIS GURUKAUNSELING DAERAH KOTA KINABALU ANJURAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING yang diadakan pada 7-8 Februari 2017 bertempat di Dewan Bunga Raya, MSU Bangunan KWSP.  Tujuan utama penglibatan ini adalah agar segala pengetahuan dan ilmu yang telah diperolehi daripada bengkel TOT ini dapat dimanfaatkan dan dikongsi kepada guru-guru tahap 1 yang terlibat dengan program LINUS2.0.

Program ini melibatkan guru-guru kaunseling di sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu sahaja.  Ia telah dilaksanakan oleh 2 orang penceramah istimewa iaitu En Intan Suhaini Mohd Selamin dari Sektor Psikologi, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya dan En Mohd Faizal bin Saad yang merupakan Penolong Pengarah Kaunseling, Kolej Matrikulasi Selangor. FasiLINUS ingin mengucapkan terima kasih kepada En Sulaiman Awang, Kaunselor Organisasi Daerah Unit Psikologi dan Kaunseling kerana telah memberikan peluang dan ruang kepada kami. kami amat menghargai pengalaman yang begitu bermakna dan akan diaplikasikan dalam pengurusan harian sebagai FasiLINUS.

Para jurulatih OMBAK juga telah dijemput oleh sekolah-sekolah yang berminat untuk memberikan pengisian dan motivasi kepada guru agar kerjsama dan setiakawan dalam kalangan guru dapat ditingkatkan dalam menjayakan visi dan matlamat sekolah.

 

Bersama-sama dengan En Hafiz, orang kuat program OMBAK dari Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Kota Kinabalu.  Tahniah!

 

 

Sesi Ice-breaking yang dikendalikan oleh FasiLINUS dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling kepada

peserta-peserta NILAM peringkat Negeri Sabah

 

 

Bersama-sama guru yang sangat komited dan bersemangant di SK Kepayan

 

Bersama-sama dengan Jurulatih-jurulatih OMBAK yang sangat berkaliber dan mantap!

Dan OMBAK dijangka akan melanda PPDKK tidak lama lagi !

 

 

 

 

Rate this blog entry:
0

Comments

  • No comments made yet. Be the first to submit a comment

Leave your comment

Guest Thursday, 29 June 2017

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT