Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form
Posted by on in Unit Pengurusan Islam
  • Font size: Larger Smaller
  • Hits: 207
  • 0 Comments
  • Print

Karnival Dakwah Peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Kemeterian Pendidikan Malaysia

Karnival Dakwah Peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Kemeterian Pendidikan Malaysia telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (Tahfiz Model  Ulul Albab) pada 29 April hingga 1 Mei 2016 bersamaan 22 Rejab 1437H.

            Sepanjang karnival tersebut, pelbagai acara telah dipertandingkan bagi menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kalangan murid. Selain itu, karnival ini diharapkan dapat mengembangkan bakat dan potensi pelajar ke arah melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual.

            Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Qiraat Sab’ah Bit Tarannum, Kalimatus Sobah dan Nasyid. Beberapa buah sekolah SMKA dan SABK dari enam zon Negeri Sabah telah menyertai karnival ini.

            Kategori sekolah menengah bagi acara Tilawah Al-Quran lelaki telah dimenangi oleh Adik Muhd Firdaus bin Mohd Hidup dari Zon Tenggara, manakala Tilawah Al-Quran perempuan dimenangi oleh Adik Nadirah Syazwani binti Sapari dari Zon Barat.Untuk acara Hafazan Al-Quran sekolah menengah kategori lelaki disandang oleh Adik Kamal bin Amal dari Zon Barat. Sementara bagi kategori perempuan dimenangi oleh Adik Farra Hanim binti Hadian  dari Zon Pedalaman.

            Acara Qiraat Saba’ah Bit Tarannum menengah atas disandang oleh Adik Muhammad Fadhil bin Arif dari Zon Barat. Bagi acara Kalimatus Sobah menengah atas pula dimenangi oleh Adik Nur Iwana Hifzona binti Mahasalmasri dari Zon Barat. Dalam pertandingan nasyid sekolah menengah, Zon Utara telah dinobatkan sebagai juara. Zon Barat telah menungguli johan keseluruhan Karnival Dakwah Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2016.

            Majlis Penutupan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Suhaili Bin Haji Said Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merangkap ADUN N49 Tungku. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr Mohd Kassim Tusin, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Ketua Penolong Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, guru-guru dan para pelajar serta ibu bapa.

 

Rate this blog entry:
0

Comments

  • No comments made yet. Be the first to submit a comment

Leave your comment

Guest Wednesday, 13 December 2017
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT