Highlight Bulan Ini  

 

Info Terkini Unit

【3合1活动】
Sekolah Rendah

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form
Posted by on in Unit Pengurusan Maklumat & ICT
  • Font size: Larger Smaller
  • Hits: 353
  • 0 Comments
  • Print

Validasi Maklumat MPS PPD Kota Kinabalu bersama Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, JPN Sabah

Taklimat dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Maklumat.Pegawai SPMICT JPN, Sabah yang hadir adalah Encik Wan Zainuddin Hj Awang Taklimat dimulakan dengan memberikan maklumat berkaitan dengan ralat yang timbul setelah ditunjukkan kepada semua GDM PPD Kota Kinabalu mereka diberikan masa untuk membetulkan ralat yang timbul sebelum di stamping terima menjadi data yang sahih PPD Kota Kinabalu.

Encik Wan Zainuddin telah memberikan 4 perkara penting kepada GDM PPD Kota

Kinabalu yang merupakan fokus utama pada 2016 iaitu :­

1. SKT Pengarah iaitu zero ralat untuk sistem MPS ini

2. Menjadikan JPMS cemerlang dan berfungsi,

3. Pendaftaran SSO dilaksanakan oleh semua guru

4. EKMLTK difahami definisi dan fungsinya

Encik Wan Zainuddin juga memberikan pesanan kepada GDM PPD Kota Kinabalu bahawa apabila disebut perkataan Kota Kinabalu ianya bukan menjadi No.1 tetapi sentiasa menjadi yang No.1 dan selalu melihat perkara diluar kotak pemikiran. Encik Wan Zainuddin juga mengucapkan tahniah kepada UPMICT PPD Kota Kinabalu kerana berjaya membuat Bot Telegram untuk kegunaan GDM dan Apps PPD Kota Kinabalu yang juga menjadi PPD pertama membuat apps seperti itu diantara PPD yang ada. Encik Wan Zainuddin mohon kepada GDM andai ada peluang turut serta dalam lawatan muhibbah kerana daripada sana GDM akan dapat melihat kekuatan dan berkongsi pengetahuan dari sudut penyampaian maklumat yang dilaksanakan di peringkat sekolah.Beliau juga mengucapkan tahniah dengan kejayaan lawatan GDM PPD Kota Kinabalu ke Johor pada tahun yang lalu.Maklumat telah distamping pada jam 11.45 pagi disaksikan oleh Encik Wan Zainuddin Hj Awang. Beliau juga turut menyerahkan surat lantikan Ketua Ketua kumpulan MPS PPD Kota Kinabalu 2016 

Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu turut menyentuh :-

i. Pegawai Maklumat meminta dimaklumkan andai ada jadual waktu yang melebih 20 waktu diberikan kepada GDM PPD Kota Kinabalu

ii. Perkara wajib yang perlu ada setiap kali JPMS dilaksanakan adalah Buku Statistik

iii. Plan Taktikal UPMICT akan mula dibentangkan Mac 2016

 

 Maklumat PPDKK terutamanya MPS telah dikemaskini dan diverifikasi bersama 82orang guru data bersama sama dengan Ketua Unit Pengurusan Maklumat, SPMICT JPN Sabah

 

Encik Wan Zainuddin Hj Awang Memberikan Ucapan kepada semua GDM Kota Kinabalu 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rate this blog entry:

Comments

  • No comments made yet. Be the first to submit a comment

Leave your comment

Guest Wednesday, 13 December 2017

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT