Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Menyedari pentingnya penerapan KBAT dalam P&P, Panitia BM SMK Pulau Gaya telah mengajurkan Bengkel Penerapan KBAT dalam P&P dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu. Perkongsian dibuat oleh pegawai SISC+ Bahasa Melayu Sekolah Menengah PPD Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan pada 12 Februari 2015 melibatkan 10 orang guru.

Hits: 191
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Kreativiti dan kebijaksanaan guru mengolah p&p amat dituntut dalam melahirkan murid yang dapat memenuhi 6 aspirasi yang telah digariskan dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Oleh itu, pelbagai pendekatan, strategi dan kaedah p&p digunakan bagi merealisasikan impian Malaysia agar melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global. Penekanan kepada ciri pembelajaran abad ke-21 antara yang diberikan tumpuan. Murid pada masa kini perlu banyak diberikan peluang menjalankan aktiviti bilik darjah secara "hands on" dan bukan lagi mendengar guru bersyarah di depan. Perlaksanaan p&p oleh cikgu Solimoi, guru bahasa Melayu Tingkatan 3 di SM Shan Tao, Kota Kinabalu ini wajar dijadikan inspirasi guru lain dalam menjalankan p&p abad ke-21. Guru seharusnya tidak mengongkong minda dengan memikirkan bahawa p&p abad ke-21 itu memerlukan banyak teknologi ICT. Harus difahami p&p abad ke-21 turut menekankan 4 ciri yang dikenali sebagai 4C iaitu "creativity", "critical thinking", "communication" dan "collaboration" yang boleh diaplikasi dalam p&p tanpa menggunakan ICT.

 

 

Murid-murid digalakkan berkomunikasi, berkreatif dan menyelesaikan masalah dalam kumpulan

Tahniah! kepada cikgu Solimoi, semoga terus kreatif sesungguhnya "guru cerdas pelajar cergas".

 

Hits: 1337
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

SISC+ "COACHING & MENTORING" Tahun 2015

Posted by on in SISC+

Pada minggu ke dua bulan Januari 2015, kumpulan SISC+ telah mula bergerak untuk "Coaching and mentoring" ke sekolah-sekolah daerah Kota Kinabalu. Kumpulan terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu 2 kumpulan SISC+ Sekolah Rendah dan 1 kumpulan lagi SISC+ Sekolah Menengah.

Moto: CONSISTENT, EMPATHETIC, TRANSFORMATIVE

Hits: 346
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT