Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

12 Mac 2015, Panitia Bahasa Melayu SMK Inanam telah menganjurkan Program Peningkatan Profesionalisme Guru melalui Bengkel Penerapan KBAT dalam P&P bahasa Melayu. Perkongsian dibuat oleh pegawai SISC+ (SM) Bahasa Melayu PPDKK bersama 16 orang guru BM SMK Inanam. Bengkel yang berakhir sekitar 4.30 PM itu telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dalam sesi perbincangan, pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab. Tahniah! kepada Panitia BM SMK Inanam dan juga kepada Pengetua Cemerlang, Datin Hajah Noorayati Binti Muhamad kerana terus berusaha memberi pendedahan baharu kepada guru-guru BM meskipun sentiasa mencatat keputusan BM SPM yang baik.

 

Recent comment in this post - Show all comments
  • suzie says #
    Terima kasih kami ucapkan kepafa Cikgu Agela Tundim kerana meluangkan masa berkongsi ilmu dengan guru guru BM SMK INANAM. Respon g
Hits: 399
Rate this blog entry:
Continue reading 1 Comment

SM Shan Tao sebuah lagi sekolah rintis daerah Kota Kinabalu dalam pelaksanaan Bilik Darjah Abad ke-21. Oleh itu, satu bengkel membina Bahan Bantu Belajar (BBB) maya telah dibuat oleh pegawai SISC+ (SM) sekali lagi di sekolah tersebut. Bengkel secara "hands on" ini mendedahkan guru-guru kepada alat pembelajaran interaktif "Internet Teaching Tools" menggunakan POPPLET.COM dan PADLET.COM

Pegetua SM Shan Tao sendiri Mr. Lee Wah Ban yang turut hadir sepanjang bengkel tersebut dalam ucapan penutupnya menyebut bahawa bengkel tersebut sangat bermakna dan penggunaan POPPLET.COM dan PADLET.COM dalam P&P guru di bilik darjah tentunya lebih "engaging" kepada murid.

Hits: 272
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

5 Mac 2015 (Khamis), SMK Bandaraya telah menjayakan satu LDP berkaitan bilik darjah abad ke-21 dan SKPM standard 4 yang diberikan oleh pegawai-pegawai SISC+ (SM) PPDKK. 

Hits: 342
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Meskipun bukan sekolah rintis dalam pelaksanaan P&P abad ke-21, SMK Tobobon telah mengorak langkah untuk memulakan sebuah kelas rintis bagi pelaksanaannya. Satu jawatan kuasa khas, yang diberi nama PA21 telah ditubuhkan bagi merealisasikannya. Berkerjasama dengan pegawai SISC+ (SM) PPD Kota Kinabalu, satu kunjungan dan perbincangan awal telah dibuat. Rentetan itu satu LDP oleh pegawai SISc+(SM) bagi mendedahkan guru-guru dengan p&p abad ke-21 telah dilaksanakan pada 4 Mac 2015 (Rabu)

Seramai 57 orang guru telah hadir LDP tersebut. Dalam ucapan penutup, pengetua cemerlang Mr. Loh Kok Cheang mengharapkan kerjasama semua guru agar memastikan kejayaan perlaksanaannya.

Hits: 408
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

SMK Perempuan Likas merupakan salah sebuah sekolah yang telah terpilih dalam perlaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Oleh itu, satu taklimat telah dibuat oleh pegawai SISC+ (SM) bagi mendedahkan guru-guru dengan pengajaran abad ke-21 pada 23 Februari 2015 yang lalu. LDP tersebut turut dihadiri oleh Pengetua SMK Perempuan Likas, Pn. Norulashikin Binti Hj. Mohd. Taib. Beliau menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dan positif dalam menjayakan kelas rintis bilik darjah abad ke-21 sebagaimana yang dikehendaki oleh KPM.

Hits: 621
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT