Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Hits: 259
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

SMK Taman Tun Fuad turut menyahut cabaran dalam melaksanakan P&P bilik darjah abad ke-21, 3 kelas rintis telah dipilih dalam usaha tersebut. Sehubungan dengan itu, satu taklimat berkaitan perlaksanaan bilik darjah abad ke-21 telah dibuat oleh kumpulan SISC+ Sekolah Menengah PPD Kota Kinabalu pada 10 April 2015. Usaha ini diharap dapat menjadikan P&P di bilik darjah mengalami transformasi dalam pembelajaran yang lebih bermakna. Syabas, kepada warga SMK Taman Tun Fuad kerana menyahut cabaran ini, khususnya kepada pengetua Pn. Wanihim Othman atas komitmen dan kesungguhan yang ditujukkan. Sesungguhnya hanya dengan perubahan, baru dapat meraih hasil yang berbeza.

 

- THE IILITERATE OF 21ST CENTUARY ARE NOT THOSE THAT CANNOT READ OR WRITE, BUT THOSE THAT CANNOT LEARN, UNLEARN AND RELEARN -

Hits: 689
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Pada 1 April 2015 yang lalu, satu sesi P&P Pembelajaran Koperatif oleh Pn. Kamisah Durin iaitu KP Matematik SMK Sanzac telah berjaya dilaksanakan. Semasa sesi P&P tersebut, murid digalakkan berkolaboratif dalam kalangan murid sendiri, iaitu antara ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Pegawai SISC+ (SM) Matematik PPDKK bersama Pengetua Jusa C, Dr. Shirley Tay Hong turut bersama sepanjang sesi P&P tersebut.

Tahniah, kepada guru 

Hits: 377
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Panitia BM, SMK Kolombong telah melaksanakan bengkel Aplikasi Ithink dalam P&P Bahasa Melayu bersama pegawai SISC+ Bahasa Melayu (SM) PPD Kota Kinabalu. Perkongsian dan pendedahan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh guru-guru BM dalam P&P yang berfokus murid di bilik darjah. Selain itu, guru-guru juga sekaligus dapat menggalakkan murid berfikir dan mengaplikasikan KBAT dengan menggunakan peta pemikiran ITHINK.

Tahniah, kepada semua guru BM yang terlibat. Terima kasih kepada Pengetua SMK Kolombong, Datin Hjh. Aminah Misuari atas sokongan dan keprihatinan untuk memantapkan lagi ilmu pedagogi dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu. 

 

Hits: 216
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

LDP SISC+ : PEMANTAPAN ILMU ICT ABAD KE-21

Posted by on in SISC+

Selaras dengan perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 yang diwar-warkan oleh KPM dalam kalangan guru-guru di sekolah, kumpulan SISC+ PPD Kota Kinabalu turut sama melaksanakan bengkel Pemantapan Ilmu ICT Abad Ke-21 bertempat di Bilik Manukan PPD Kota Kinabalu pada 16 Mac 2015 yang lalu. Perkongsian ilmu telah dibuat oleh En. Mohd. Idremzizan Idris pegawai ICT PPD Kota Kinabalu. Ilmu yang dikongsikan sangat bermakna dan berguna dalam memantapkan lagi pengetahuan para pegawai SISC+ khususnya dalam pembinaan apps maya atau Bahan Bantu Mengajar dalam talian.  

 

Hits: 169
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT