Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

C&M SK KIANSOM

Photo shared by on in SISC+

Perkongsian bimbingan dalam penambahbaikan perancangan pengajaran serta penggunaan KBAT untuk mewujudkan pembelajaran aktif dilakukan bersama-sama guru BM &Matematik di sekolah ini. Usaha-usaha dalam peningkatan pencapaian peperiksaan UPSR turut diambil perhatian dengan membina pelan intervensi bersama-sama guru berkenaan bagi murid-murid yang masih gagal. Amalan berterusan dalam menambahbaik strategi P&P amat diharapkan .

Hits: 183
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Tahniah kepada Pn. Lim Lai Pong kerana telah berjaya menggunakan salah satu daripada aplikasi maya (Popplet) yang telah diperkenalkan oleh SISC+ kepada semua guru di sekolah rintis ini bagi meningkatkan pembelajaran aktif dalam kalangan murid -murid tahun 5 Rose. Pelaksanaan kelas terbuka dapat membantu rakan-rakan guru di sekolah ini dalam melihat keberkesanan serta impak pembelajaran aktif yang berlaku dalam bilik darjah. Penggunaan KBAT secara tidak langsung berlaku apabila murid-murid memberikan respon bertulis secara individu dan berkumpulan dalam aplikasi maya terhadap soalan-soalan aras tinggi yang dikemukakan oleh guru dalam aplikasi ini. Kejayaan murid-murid dalam menggunakan aplikasi maya sebagai salah satu bahan interaksi yang terpantas dan mampu mencabar pemikiran aras tinggi murid murid menunjukkan komitmen yang padu yang telah diberikan oleh guru-guru di sekolah ini.Semoga kejayaan sekolah ini dapat dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah yang lain khasnya dalam daerah PPD Kota Kinabalu .

Hits: 174
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

BENGKEL PEMANTAPAN KBAT DALAM P&P, SISC + & SK RAMPAYAN.

Photo shared by on in SISC+

Guru Besar, penolong-penolong kanan bersama semua guru termasuklah guru-guru pra sekolah telah hadir pada hari Sabtu lepas 25 April 2014 dalam sesi bengkel percambahan ilmu. Perlunya perkongsian ilmu yang berterusan dalam memantapkan pengetahuan serta kemahiran guru-guru amat penting dalam mewujudkan pembelajaran aktif dalam kelas. Penggunaan soalan-soalan aras tinggi dan melaluii lakaran peta i Think amat penting untuk menggerakkan pemikiran murid dalam mencetus idea-idea yang lebih terbuka dan kritis dalam merungkaikan sebarang persoalan dalam pelbagai aspek pembelajaran. Semoga pembelaran berpusatkan murid dapat dipergiatkan lagi di sekolah ini seawal daripada murid-murid pra sekolah.

Hits: 175
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Hits: 164
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

28 April 2015, guru-guru tahap 1 menghadiri bengkel bagi sesi kedua bagi pengintegrasian BBB Maya dalam P&P. Sebagai salah sebuah sekolah rintis pembelajaran abad ke 21, warga guru tidak terkecuali dalam menerapkan pembelajaran aktif murid menggunakan aplikasi maya seawal tahap satu persekolahan. Tahniah bagi pihak pentadbiran sekolah serta warga guru atas komitmen padu yang diberikan.

Hits: 135
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT