Highlight Bulan Ini  

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Sarawak Age Group 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Muhammad Naqeb Bin Rosli atlet renang SSM Sabah antara paling menonjol dalam Kejohanan Renang Sarawak Age Group yang diadakan di Kuching, Sarawak. Dia dianugerahkan sebagai perenang terbaik kejohanan di samping memecahkan rekod dalam acara 50m gaya bebas dengan catatan 25.20s. Muhammad Naqeb Bin Rosli bersama Chin Xue Kang seorang lagi atlet renang SSM Sabah akan mewakili Sarawak ke National Age Group 2017.

Hits: 75
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Sambutan Tahun Baru Cina SSM Sabah

Posted by on in Sekolah Menengah

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bertambah meriah dengan adanya persembahan khas dari Kelab Bola Sepak Finestar Beijing. Mereka telah mempersembahkan tarian dan guitar yang memukau semua warga sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh En. Jonnas Bin Joitol, YDP PIBG SSM Sabah. Semua kelab dan persatuan wajib mengambil bahagian dalam persembahan Tahun Baru Cina. Pemenang persembahan terbaik jatuh kepada Kelab Komputer.

Hits: 61
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Program Jom Ke Sekolah

Posted by on in Sekolah Menengah

Program Jom Ke Sekolah telah dirasmikan oleh ACP Chandrasehkaran a/l Mutu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu. Program ini adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid terutamanya dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Di samping itu, semua atlet murid juga digalakkan untuk menggunakan Peti Aduan Disiplin Murid untuk menyalurkan maklumat yang diperoleh berkaitan salah laku sama ada di dalam atau di luar sekolah kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.

Hits: 93
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Sayang Sang Juara

Posted by on in Sekolah Menengah

Program Mentor Mentee \'Sayang Sang Juara\' merupakan satu program tahunan UBK SSM Sabah untuk melahirkan atlet murid yang berilmu, berakhlak mulia, berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Majlis Perasmian Sayang Sang Juara disempurnakan oleh Cik Tan Peng Jeng, PK HEM SSM Sabah. Semoga dibawah pengawasan dan penjagaan mentor-mentor yang dedikasi, atlet murid dapat mencapaian kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik.

Hits: 91
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Pasukan renang SSM Sabah menduduki tempat keempat dengan membolot 16 emas, 5 perak dan 9 gangsa dalam Sabah Invitational Age Group Championship kali ke-50 yang diadakan pada 12 hingga 14 Januari 2017 di Kompleks Sukan Likas. Empat atlet murid SSM Sabah iaitu Logan Wong Venn Chieh, Muhammad Naqeb Bin Rosli, Lovell Wong Hsiao Thang dan Arhadin Bin Prome dinobatkan sebagai perenang terbaik kejohanan mengikut kategori masing-masing.

Hits: 97
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT