Highlight Bulan Ini  

\"\"

 

 

 

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Hari Sukan Negara

Posted by on in Sekolah Menengah




Pasukan Berbasikal SSM Sabah yang terdiri daripada guru dan jurulatih


Ini adalah sebahagian atlet murid yang mengambil bahagian di Taman Tasik, Kompleks Sukan Likas yang menjayakan program \\\'Jalan 10,000 langkah\\\'

Hits: 65
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2016

Posted by on in Sekolah Menengah

Tiga atlet olahraga SSM Sabah telah menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Universiti Malaya pada 29 September hingga 3 Oktober 2016. Dua orang atlet SSM Sabah iaitu Aveyenda Bt Aron dan Ikma Syaffiera Duris memungut 1 Perak dalam acara 4x400 meter dan 1 Gangsa dalam acara 4x100 meter. Seorang lagi atlet SSM Sabah, Benedict Ian Gawok gagal mencapai sebarang pingat tetapi mencipta rekod peribadi terbaik dalam acara 110 meter lompat pagar. Tahniah kepada jurulatih dan atlet olahraga yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam kejohanan tersebut.

Hits: 145
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Karnival KoKurikulum SSM Sabah

Posted by on in Sekolah Menengah

Karnival KoKurikulum SSM Sabah berjaya dilaksanakan dibawah kerjasama dan komitmen yang baik dari semua warga sekolah terutamanya atlet-atlet murid yang mewakili platun PRS masing-masing. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah Nyanyian Solo, Choral Speaking, Pidato Piala Diraja, Explorace dan Hidangan Sepinggan Lengkap. Karnival ini merupakan aktiviti tahunan yang harus dilaksanakan oleh semua Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Acara kemuncak ialah Karnival KoKurikulum peringkat kebangsaan yang akan disertai oleh kelima-lima buah SSM yang dijangka akan diadakan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Hits: 61
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Liga Hoki TNB Sabah 2016

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan Hoki lelaki dan perempuan SSM Sabah bawah 14 tahun cemerlang dalam Liga Hoki TNB Bawah 18 Tahun Sabah yang berlangsung di Stadium Hoki Likas pada 22 - 24 September 2016. Dalam kejohanan ini, pasukan hoki SSM Sabah mengetengahkan semua pemain muda bawah 14 tahun dan bertemu dengan pasukan yang rata-ratanya membariskan pemain-pemain bawah 18 tahun. Perbezaan umur tidak menghalang semangat para atlet hoki lelaki dan perempuan SSM Sabah dan terus cemerlang sehingga dinobatkan sebagai juara berganda Liga Hoki TNB Sabah bagi tahun 2016.

Hits: 76
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Rombongan dari SK Tanjung Batu Keramat, Tawau seramai 50 orang melawat ke SSM Sabah pada 19 September 2016. Rombongan ini telah disambut oleh Pn. Hajah Rozi Bt Samdin selaku Penolong Kanan Kokurikulum. Taklimat pengenalan sekolah disampaikan oleh En. Hilary John Baptist Gabando (Ketua Bidang Kejurulatihan). Selepas itu, mereka dibawa melawat ke Makmal Sains Sukan, Pusat Akuatik, padang Hoki dan balapan/padang sekolah untuk melihat secara dekat pengendalian latihan olahraga sebelum meninggalkan sekolah ini.

Hits: 72
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT