Highlight Bulan Ini  

 

 

 

 

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Borneo International Marathon 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Jasseyca Sayu anak Sawing, atlet olahraga jarak jauh SSM Sabah mengungguli Borneo International Marathon kategori pelajar 10 KM yang diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Keputusan atlet SSM Sabah yang lain ialah Hizilawanty Jamain menduduki tempat kelapan, Muhd Azri Pirasa tempat ketujuh dan Nistelrooy Veron Sili tempat keempat belas.

Hits: 25
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Cabaran Laut Antarabangsa Labuan

Posted by on in Sekolah Menengah

Atlet renang SSM Sabah hampir sapu bersih kesemua hadiah yang dipertandingkan dalam Cabaran Laut Antarabangsa Labuan yang bermula pada 21 April hingga 1 Mei 2017. Logon Wong Venn Chieh merupakan atlet paling menonjol dengan mendapat tempat pertama dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang lain yang turut mencipta nama dalam pertandingan ini ialah Kuin Jiu Jun, Arhadin Bin Prome dan Chong Jia Wen.

Hits: 62
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Kontinjen Olahraga Sabah mencipta sejarah dan muncul sebagai Johan dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2017. Inilah pencapaian terbaik Sabah dengan memungut 14 Emas, 21 Perak dan 13 Gangsa. Atlet-atlet SSM Sabah telah menyumbang 6 Emas, 7 Perak dan 3 Gangsa daripada keseluruhan pingat yang diperolehi oleh Kontinjen Sabah. 

Hits: 61
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Asian School Hockey Championship

Posted by on in Sekolah Menengah

Muhammad Faiz Aiman Bin Mohmad Aseri, satu-satunya atlet Hoki SSM Sabah yang terpilih mewakili pasukan Malaysia ke Kejohanan 5th Asian School Hockey Championship di Bhopal, India. Malaysia menduduki tempat kedua setelah tewas kepada India 1:5 dalam perlawanan akhir.  Muhammad Faiz Aiman Bin Mohmad Aseri bukan saja cemerlang dalam sukan Hoki tetapi juga merupakan seorang atlet murid yang cemerlang dalam PT3 tahun 2015 dengan memperolehi keputusan 7A.

Hits: 45
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

National Age Group (Terjun)

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan Terjun Air SSM Sabah meraih 1 Emas, 3 Perak dan 4 Gangsa dalam Kejohanan National Age Group yang diadakan di Pusat Akuatik Paroi, Negeri Sembilan. Nur Fazriyanti Jali merupakan atlet murid yang cemerlang dengan memungut 1 Emas dalam acara 3 Meter Papan Anjal. Atlet murid yang turut menyumbangkan pingat dalam kejohanan ini ialah Nur Ain Bt. Nadzmi, Muhammad Firras Bin Sharum Azam dan Julfaddli Bin Jali. 

Hits: 45
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT