Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Jejak Juara Siri 5

Posted by on in Sekolah Menengah

Program orientasi atlet murid baru \"Jejak Juara Siri 5\" berjalan dengan baik ditutup dengan rasminya oleh En. Jonnas Joitol, YDP PIBG SSM Sabah di Dewan Mini SSMS. Seramai 33 atlet murid baru telah berdaftar dan menjalani program orientasi yang bermula pada 3 hingga 6 Januari 2017. Dalam ucapan penutupan, Encik Jonnas Joitol mengingatkan semua atlet murid agar sentiasa menjaga disiplin diri di samping melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang atlet murid yang cemerlang dan mengharumkan nama SSM Sabah dipersada dunia satu hari nanti.

Hits: 85
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Taklimat bersama atlet murid telah disampaikan oleh Pn. Lucia Quek Sai Gearn pada hari pertama persekolahan. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua atlet murid kembali ke alam persekolahan serta kata-kata motivasi untuk meneruskan kecemerlangan sukan dan akademik di SSM Sabah. Beliau mengucapkan tahniah kepada warga SSM Sabah atas pencapaian GPS 2.49 dalam keputusan PT3.

Hits: 112
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Pendaftaran Atlet Murid 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Seramai 33 atlet murid baru telah berdaftar pada 2 Janurari 2017 (Isnin) di SSM Sabah. Pemantauan perjalanan pendaftaran telah diselia oleh Pn. Lucia Quek Sai Gearn, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas pendaftaran, mesyuarat agung PIBG juga diadakan untuk memilih barisan AJK yang baru bagi tahun 2017.

Hits: 93
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Liga Bola Sepak KPM/ PPBN/ FAM B-16

Posted by on in Sekolah Menengah

Sekolah Sukan Malaysia Sabah memulakan kempen Liga Bola Sepak Perempuan KPM/ PPBN/ FAM bawah 16 tahun (B-16) dengan langkah kanan apabila menguasai carta sirkit pertama setelah meraih tiga kemenangan dengan mengalahkan SSN Terengganu 13:1, SSN Negeri Sembilan 10:0 dan SSN Selangor 3:0.

Hits: 150
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Anugerah Kokurikulum SSM Sabah

Posted by on in Sekolah Menengah

Majlis Anugerah Kokurikulum SSM Sabah berjaya disempurnakan oleh Pn. Lucia Quek Sai Gearn, Ketua Sektor Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18hb November 2016 bertempat di Dewan Makan SSM Sabah. Selepas majlis, beliau mengadakan perjumpaan dengan atlet murid SPM dan atlet murid yang akan berpindah keluar dari sekolah ini. Beliau mengucapkan tahniah dan menyerahkan slip keputusan kepada atlet murid yang berjaya dalam UPSR. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Tajudin Abdullah, Penolong Pengarah, Unit TID, Bahagian Sukan, KPM dan En. Jonnas Joitol, YDP PIBG SSM Sabah.

Hits: 77
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT