Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Bulan Akademik

Posted by on in Sekolah Menengah

Bulan Akademik melibatkan dua bidang iaitu Bahasa dan SMAT telah dirasmikan oleh En. Madsarin Bin Rahim, Pengetua SSM Sabah semasa perhimpunan rasmi di Dataran SSMS pada 12 April 2017. Pelbagai aktiviti akan dijalankan oleh semua panitia mata pelajaran di bawah bidang Bahasa dan SMAT semasa Bulan Akademik untuk menarik minat atlet murid. Seperti tahun-tahun yang lepas, sijil dan hadiah disediakan untuk para pemenang.

Hits: 78
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Kem Membaca 1 Malaysia

Posted by on in Sekolah Menengah

Semua guru dan atlet murid berkumpul di Dewan SSMS untuk menjayakan program Kem Membaca 1 Malaysia. Upacara gimik pelancaran disempurnakan oleh Pn. Hajah Rozi Bt. Samdin, PK Kokurikulum SSMS. Matlamat utama program ialah untuk memupuk minat membaca secara berterusan di kalangan warga sekolah.

Hits: 80
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Liga KPM-PPBN-FAM B-16 Wanita

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan Bola Sepak Wanita SSM Sabah bawah 16 tahun menamatkan Liga KPM-PPBN-FAM sirkit 2 dengan penuh bergaya. Perlawanan sirkit 2 telah diadakan di SSM Pahang dengan disertai oleh semua SSN dari seluruh Malaysia. Selepas tamat sirkit 2, SSM Sabah mendahului pasukan lain dengan memenangi semua 7 perlawanan dan menduduki tempat pertama dalam liga. Nor Athirah Bt. Mamat dari SSM Sabah merupakan penjaring terbanyak setakat ini dengan jaringan sebanyak 23 gol.

Hits: 100
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Minggu Kesihatan SSMS

Posted by on in Sekolah Menengah

Tahniah kepada JK Unit Kesihatan kerana berjaya melaksanakan Minggu Kesihatan SSM Sabah dengan jayanya. Banyak program telah diadakan untuk semua warga sekolah seperti ceramah membasmi Denggi, ceramah pemakanan sihat, ceramah pencegahan kecederaan sukan, jalan 10,000 langkah, gotong royong membasmi Denggi dan sebagainya. Betapa pentingnya bagi kita untuk sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri untuk mengekalkan kehidupan yang harmoni dan bahagia.

Hits: 96
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Sea Youth Athletics Championship 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Tahniah kepada Karmentina Nadia Quadra dan Michelle Cornelius, atlet olahraga SSM Sabah yang mewakili Malaysia ke Sea Youth Athletics Championship di Ilaga, Isabela, Filipina dengan pencapaian 1 emas dan 1 gangsa dalam acara 100m Lompat Pagar dan Lompat Tinggi.

Hits: 65
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT