Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Liga KPM-PPBN-FAM B-16 Wanita

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan Bola Sepak Wanita SSM Sabah bawah 16 tahun menamatkan Liga KPM-PPBN-FAM sirkit 2 dengan penuh bergaya. Perlawanan sirkit 2 telah diadakan di SSM Pahang dengan disertai oleh semua SSN dari seluruh Malaysia. Selepas tamat sirkit 2, SSM Sabah mendahului pasukan lain dengan memenangi semua 7 perlawanan dan menduduki tempat pertama dalam liga. Nor Athirah Bt. Mamat dari SSM Sabah merupakan penjaring terbanyak setakat ini dengan jaringan sebanyak 23 gol.

Hits: 63
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Minggu Kesihatan SSMS

Posted by on in Sekolah Menengah

Tahniah kepada JK Unit Kesihatan kerana berjaya melaksanakan Minggu Kesihatan SSM Sabah dengan jayanya. Banyak program telah diadakan untuk semua warga sekolah seperti ceramah membasmi Denggi, ceramah pemakanan sihat, ceramah pencegahan kecederaan sukan, jalan 10,000 langkah, gotong royong membasmi Denggi dan sebagainya. Betapa pentingnya bagi kita untuk sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri untuk mengekalkan kehidupan yang harmoni dan bahagia.

Hits: 78
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Sea Youth Athletics Championship 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Tahniah kepada Karmentina Nadia Quadra dan Michelle Cornelius, atlet olahraga SSM Sabah yang mewakili Malaysia ke Sea Youth Athletics Championship di Ilaga, Isabela, Filipina dengan pencapaian 1 emas dan 1 gangsa dalam acara 100m Lompat Pagar dan Lompat Tinggi.

Hits: 55
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Atlet Hoki Wanita SSM Sabah yang mewakili negeri Sabah dalam Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan muncul sebagai naib johan setelah tewas tipis kepada pasukan Kuala Lumpur 3 : 4 dalam perlawanan akhir. Nor Asfarina Isahyifiqa dari Sabah muncul sebagai Pemain Terbaik Kejohanan. Namun begitu nasib tidak menyebelahi pasukan lelaki dan hanya sekadar menduduki tempat keempat kejohanan.

Hits: 103
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Akuatik MSSM 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Muhammad Naqeb Bin Rosli, atlet SSM Sabah yang mewakili negeri Sarawak merupakan atlet renang yang cemerlang dengan memungut 2 pingat emas dan 1 pingat gangsa dalam acara individu yang disertainya. Seorang lagi atlet terjuan SSM Sabah iaitu Muhammad Firas Bin Shahrum Azam yang mewakili Negeri Sembilan memperoleh 2 pingat gangsa dalam acara 1 meter dan 3 meter papan anjal. Tahniah!

Hits: 60
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT