Highlight Bulan Ini  

 

 

 

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

 

FasiLINUS PPDKK telah menawarkan diri untuk menghadiri BENGKEL KEJURULATIHAN TOT OMBAK MAJLIS GURUKAUNSELING DAERAH KOTA KINABALU ANJURAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING yang diadakan pada 7-8 Februari 2017 bertempat di Dewan Bunga Raya, MSU Bangunan KWSP.  Tujuan utama penglibatan ini adalah agar segala pengetahuan dan ilmu yang telah diperolehi daripada bengkel TOT ini dapat dimanfaatkan dan dikongsi kepada guru-guru tahap 1 yang terlibat dengan program LINUS2.0.

Program ini melibatkan guru-guru kaunseling di sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu sahaja.  Ia telah dilaksanakan oleh 2 orang penceramah istimewa iaitu En Intan Suhaini Mohd Selamin dari Sektor Psikologi, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya dan En Mohd Faizal bin Saad yang merupakan Penolong Pengarah Kaunseling, Kolej Matrikulasi Selangor. FasiLINUS ingin mengucapkan terima kasih kepada En Sulaiman Awang, Kaunselor Organisasi Daerah Unit Psikologi dan Kaunseling kerana telah memberikan peluang dan ruang kepada kami. kami amat menghargai pengalaman yang begitu bermakna dan akan diaplikasikan dalam pengurusan harian sebagai FasiLINUS.

Para jurulatih OMBAK juga telah dijemput oleh sekolah-sekolah yang berminat untuk memberikan pengisian dan motivasi kepada guru agar kerjsama dan setiakawan dalam kalangan guru dapat ditingkatkan dalam menjayakan visi dan matlamat sekolah.

 

Bersama-sama dengan En Hafiz, orang kuat program OMBAK dari Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Kota Kinabalu.  Tahniah!

 

 

Sesi Ice-breaking yang dikendalikan oleh FasiLINUS dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling kepada

peserta-peserta NILAM peringkat Negeri Sabah

 

 

Bersama-sama guru yang sangat komited dan bersemangant di SK Kepayan

 

Bersama-sama dengan Jurulatih-jurulatih OMBAK yang sangat berkaliber dan mantap!

Dan OMBAK dijangka akan melanda PPDKK tidak lama lagi !

 

 

 

 

Hits: 60
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

TUNTAS DATA LINUS2.0

Posted by on in LINUS

 

Tuntas Data LINUS2.0 merujuk kepada kunjungan dan bimbingan FasiLINUS ke sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan dalam pengisian data murid ke dalam portal LINUS2.0 untuk Saringan 1, 2017.  Ini terutamanya kepada sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan kelas dan murid yang sangat ramai.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti di bawah :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hits: 50
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

TARIKH : 25 - 28 APRIL 2017 (SELASA - JUMAAT)

LOKASI : PUSAT KOKURIKULUM JPN SABAH, KEM MALANGANG TAMPARULI

ANJURAN : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 

 

 

 

FasiLINUS telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti lasak dan aktiviti dalam kumpulan bagi meningkatkan motivasi serta memantapkan kerjasama dan team-building dalam melaksanakan tugasan harian sebagai Pegawai FasiLINUS.

Semua FasiLINUS berharap agar kursus seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.  Syabas dan Tahniah kepada FasiLINUS yang telah berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar!

 

 

 

Perbincangan 3Feet Plan oleh setiap PPD pada hari pertama

 

 

 

 

 

 

Hits: 58
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Tarikh : 22-23 Mac 2017

Lokasi : Bilik Kuliah Kompleks Sukan Likas

Objektif : Memberi pendedahan kepada guru-guru sekolah agama dan akademik di bawah JHEAINS tentang

peranan FasiLINUS dalam Program LINUS2,0

 

Hits: 48
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pelaksanaan Pentadbiran Saringan 1, 2017 (MENULIS) bermula seperti tarikh di bawah :

 

FasiLINUS akan ke sekolah bagi memastikan guru-guru yang terlibat telah melaksanakan saringan dengan berpandukan Panduan Pentadbiran Saringan 2017 yang telah diedarkan dan diberikan taklimat kepada semua penyelaras utama pada 5 April 2017.

Berikut merupakan sekolah-sekolah yang telah dibimbing oleh FasiLINUS sepanjang saringan tersebut :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hits: 57
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT