Highlight Bulan Ini  

 

 

 

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

 

9 JUN 2016, BILIK MESYUARAT SRI MANUKAN PPDKK - Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama diadakan pada tahun ini.  Semua guru besar hadir dan mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan PPD Umin Hj Sadi dan Tuan TPPD, Suhaimi Haji Harun.  Syabas dan terima kasih atas sokongan padu!

Minit mesyuarat  telah diedarkan untuk mendapatkan maklum balas dari pentadbir sekolah yang berkenaan.

 

 

 

Recent Comments - Show all comments
  • chaitawau@gmail.com says #
    Helo, saya Dr Chai pensyarah ipg kampus gaya. Saya dijemput untuk memberi taklimat berkenaan dengan Linus kepada guru pelatih kami
  • Suziahnie Hj Ishak says #
    Hello Dr Chai, Saya Suziahnie Ishak, FasiLINUS untuk Literasi Bahasa Inggeris di PPDKK. Untuk makluman Dr., pihak kami amat ber
Hits: 126
Rate this blog entry:
0
Continue reading 2 Comments

 

TARIKH : 25 MEI 2016 (RABU)

TEMPAT : BILIK GERAKAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU , TUARAN

 

Pegawai-pegawai yang terlibat dalam dialog ini adalah terdiri daripada pegawai dari IAB (Puan SUriani Sulaiman) , BPSH (Puan Salina Baharom), LPM (Encik Syukri) dan Pegawai meja LINUS2.0 JPN Sabah (Puan Roslina Simon).  

DPI LINUS2.0 melibatkan kesemua pegawai FasiLINUS dari daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Ranau dan Kinabatangan.  Objektif utama ia diadakan adalah untuk memastikan segala perancangan yang telah dibuat oleh pihak PPD atau sekolah dapat memberikan impak kepada tahap penguasaan murid dalam program LINUS2.0.  DPI ini juga telah memberikan penerangan tentang skop tugasan FasiLINUS dan perkongsian amalan terbaik dari daerah lain.

Secara kesimpulannya, DPI LINUS2.0 bersama KPM ini telah memperjelaskan segala kemusykilan terutamanya dalam mengendalikan pentadbiran saringan.

Semoga pencapaian daerah akan terus cemerlang! ~

 

 

 

Hits: 134
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Tarikh : 12 - 15 MEI 2016 

Tempat : Universiti Malaysia Sabah

Perkara : AJK Pelaksana untuk Makan Malam dan Pameran Interaktif Big Book LINUS2.0

 

FasiLINUS telah terlibat dengan 2 program sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 di mana kami telah dipertanggungjawabkan untuk membuat photobooth dan melaksanakan pameran interaktif Big Book LINUS2.0 di UMS.

Beberapa orang guru yang sangat berkaliber dan komited telah dilantik untuk bersama-sama menjayakan program ini.  Guru-guru yang terlibat merupakan guru daripada ketiga-tiga komponen dari beberapa buah sekolah yang terpilih di daerah Kota Kinabalu.  

Kami amat bersyukur dengan tugasan yang diberikan kerana ia telah memberikan pengalaman yang sangat istimewa kepada kami dan terutamanya kepada guru-guru yang terlibat dengan pameran Big Book LINUS2.0.    

~ Tatap bah sayang cikgu!~

 

 

 

Hits: 81
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

SK LIKAS ~ DPI LINUS2.0 (SCHOOL-BASED)

Posted by on in LINUS

 

TARIKH : 12 APRIL 2016 (SELASA)

MASA : 9:30 PAGI

SEKOLAH : SK LIKAS

 

DIALOG PELAKSANAAN INTERVENSI LINUS2.0 (SCHOOL-BASED)

UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH HOTSPOT

TUAN PPD, UMIN HAJI SADI TURUT MENGHADIRI DIALOG INI DAN DIIRINGI OLEH TPPD, 

TUAN   SUHAIMI HAJI HARUN SERTA KETUA UNIT AKADEMIK,

PUAN DOREEN@NURSAREENA  ABDULLAH

 

Guru-guru SK LIKAS yang mengajar Bahasa Inggeris telah membuktikan keupayaan murid dalam penguasaan konstruk dari K1 pada saringan lalu dan berjaya mencapai sehingga K5 pada tahun ini dengan melaksanakan intervensi dalam PdP.  Syabas dan tahniah kepada semua warga SK LIKAS!  

Hits: 113
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

TARIKH : 11 APRIL 2016 (ISNIN)

MASA : 2:00 PETANG

SEKOLAH : SJKC CHE HWA

 

DIALOG PELAKSANAAN INTERVENSI LINUS2.0 (SCHOOL-BASED)

UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH HOTSPOT

 

 

Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah SJKC yang mempunyai bilangan murid tidak menguasai Numerasi paling ramai.  Walau bagaimanapun, atas usaha dan komitmen guru-guru Numerasi, murid-murid telah menampakkan perkembangan penguasaan konstruk yang amat memberangsangkan.  Syabas dan tahniah kepada warga SJK(C) CHE HWA !

Hits: 78
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT