Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

 

6 JULAI 2017

BILIK SRI MANUKAN PPDKK

 

Program Terampil 3M ini merupakan kolaboratif FasiLINUS UPA dengan Guru Pemulihan Khas LINUS ( GPKL ) di bawah program DTP PPDKK.

Objektif program ialah mensifarkan bilangan Murid Tidak Menguasai (MTM) di Tahun 3 dalam LBM dan Numerasi di sekolah sasaran iaitu SK LIKAS dan SK PULAU GAYA untuk Fasa I.  

Seramai 6 orang GPKL yang terlibat dari SK RAMPAYAN, SK STELLA MARIS, SK GUDON, SK PULAU SEPANGGAR, SK UNGGUN & SJK(C) CHUNG HWA LIKAS.  Keenam-enam guru ini akan berada di lokasi sasaran selama tempoh 3 bulan bagi membantu guru pemulihan di sekolah tersebut dalam mensifarkan MTM.

Kemahiran dan kepakaran GPKL diharap akan dapat membantu SK LIKAS dan SK PULAU GAYA dalam pengusaaan 3M. Syabas dan tahniah!!

 

 

GPKL yang ditugaskan ke SK PULAU GAYA memainkan peranan pada hari pertama di mana sesi perbincangan tentang murid tidak menguasai dan isu-isu utama dikenal pasti terlebih dahulu sebelum melaksanakan intervensi seterusnya,

 

 

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA RAKAN GPKL YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PROGRAM INI !

 

 

 

 

 

 

Hits: 55
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

25 MEI 2017

KOMPLEKS PENTADBIRAN PERSEKUTUAN NEGERI SABAH

Verifikasi Data LINUS2.0 Negeri untuk semua daerah (JPN)

Hits: 21
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

13 JUN 2017

SK KIONSOM

PERKARA : 1.  VERIFIKASI MURID TIDAK MENGUASAI

2.  PENGURUSAN FAIL

3.  VERIFIKASI INSTRUMEN SARINGAN 1,2017

 

Hits: 18
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

SK MALAWA - Program KEM JAYA LINUS2.0 2017 yang diadakan pada 23 Mei 2017 ( Selasa ) ini merupakan usahasama guru-guru dan para pemimpin sekolah dari PLC Manggatal.   Sekolah-sekolah tersebut adalah terdiri daripada SK MALAWA, SK KEBAGU, SK LOK YUK INANAM, SK DARAU, SK UNGGUN, SK GUDON, SK TAMPULAN, SK RAMPAYAN dan SK TOBOBON.  PLC Manggatal amat bertuah kerana program dapat dilaksanakan di SK MALAWA (diterajui oleh Encik  Judin Dianayang mempunyai prasarana yang begitu kondusif dan sempurna bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

Program berfokus ini memberi tumpuan kepada murid-murid yang masih belum menguasai Konstruk 6 hingga Konstruk 12 Literasi Bahasa Inggeris di Tahun 3. Terdapat 6 stesyen utama telah disediakan oleh sekolah masing-masing mengikut kategori konstruk Literasi Bahasa Inggeris yang telah ditetapkan.  

Ternyata murid-murid berasa seronok dan sangat responsif dalam menjalankan aktiviti berorientasikan Fun Learning yang telah disedaiakn oleh guru-guru di setiap stesyen.  

Syabas dan tahniah kepada PLC Manggatal yang telah melaksanakan program intervensi LINUS2.0 ini untuk kali kedua.  

Semoga PLC MANGGATAL akan lebih sukses dan mantap dalam meningkatkan penguasaan asas dan kemenjadian murid pada masa akan datang.  

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hits: 70
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

TARIKH : 22 MEI 2017

SEKOLAH : SK LUYANG

FasiLINUS telah melaksanakan verifikasi instrumen dan BPPI murid untuk Saringan 1,2017 bagi memastikan tidak berlaku ketidakakuran dalam pentadbiran saringan yang telah dilaksanakan seperti instrumen tidak disemak dengan teliti, BPPI murid tidak ditanda dan dicatat tarikh dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

FasiLINUS PPDK yang terdiri daripada (dari kiri) :

Nurhafizah Judith Abdullah (LBI), Nurwaniedah Winnie Abdullah (NUM), Suziahnie Hj Ishak (LBI) dan Sarijah Hj Mohd Dun (LBM)

 

FasiLINUS akan membuat verifikasi  terhadap murid atas keperluan bagi memastikan ketekalan dan penguasaan asas murid tercapai.

Hits: 53
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT