Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Unit Pengurusan Maklumat & ICT

Unit Pengurusan Maklumat & ICT yang dibahagikan kepada 3 bahagian Pengurusan


1. Pengurusan Maklumat - JU Utama Maklumat 

2. Pengurusan Teknikal - JU Utama Teknikal 

3. Pengurusan Bestari ICT - Ju Utama Bestari ICT 

 

 

Sekolah Menengah Perempuan telah membuat Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Sekolah pada 7 September 2016 yang bermula 130PM sehingga 330PM, dimana Guru Data Maklumat SM Perempuan telah membuat pembentangan dengan baik perjalanan maklumat yang ada disekolah untuk kegunaan rujukan pihak pentadbir sekolah.Turut hadir adalah Encik Mohd Idremzizan Idris Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu menjadi pemerhati perjalanan maklumat yang dibentangkan.

 

 

PK HEM yang hadir untuk penerangan Data Pengurusan Murid di SM Perempuan

 

 

Pembentangan Konsep Pengurusan Bestari Maklumat Abad 21 yang menjadi pengisian Dare To Change PPD Kota Kinabalu untuk Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

 

 

 

Hits: 212
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

 

Unit Pengurusan Maklumat & ICT membuat kemaskini berita aktiviti yang telah dijalankan di PPD Kota Kinabalu melalui unit unit yang ada di PPD Kota Kinabalu supaya Unit dapat mengenal pasti aktiviti yang telah mereka jalankan sepanjang perlaksanaan program di PPD Kota Kinabalu< Tahniah dan terima kasih kepada Unit Pengurusan Sekolah Encik Roslee, SISC+ Puan Junaida, UPA LINUS Puan Suzie, Unit Pembangunan & Bekalan Encik Sarin Baharuddin dan Unit Jaminan Kualiti Encik Ehram dan ENcik Hafiz yang dapat membuat kemaskini berita aktiviti yang telah mereka jalankan.

Pengurusan Bestari Maklumat Abad 21 - Dare To Change 
Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Hits: 217
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Taklimat yang melibatkan semua Ketua Penyelaras Bestari ICT, Ketua Kumpulan Guru Data Maklumat & Ketua Kumpulan Juruteknik 

 

Taklimat Unit Pengurusan Maklumat & ICT yang melibatkan Guru Data Maklumat, Penyelaras Bestari & ICT dan Juru Teknik Komputer berkaitan dengan Konsep Pengurusan UPMICT di PPD Kota Kinabalu telah dibuat pada 4 Ogos 2016 dimana UPMICT mengamalkan konsep Pengurusan Bestari Maklumat Abad 21 untuk mengetengahkan ICT dan Maklumat dalam pengurusan sekolah dan juga pengurusan PPD, dengan cara ini PPD Kota Kinabalu terutamanya UPMICT dapat menggunakan kekuatan ICT untuk disalurkan kepada Pengurusan Sekolah dan P & P Sekolah.Pendekatan 4K dalam Pengurusan Bestari Maklumat UPMICT PPD Kota Kinabalu telah menghasilkan TMK Negeri, TMK Kebangsaan iaitu SK (c) Anglo Chinese dan Penanda Arasan Negeri dan Daerah Maklumat SM Tebobon.

 

Hits: 238
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Validasi Modul Pengurusan Sekolah untuk Sistem Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah dilaksanakan pada 25 Julai 2016 bersamaan hari Isnin di Bilik Mesyuarat Utama Sri Manukan, PPD Kota Kinabalu yang telah dihadiri oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat SPMICT Encik Wan Zainuddin Awang dan Penolong Pengarah Unit Pengurusan Maklumat & ICT, SPMICT Encik Jafnar Aludin.Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu juga membentangkan Kertas Konsep Pengurusan Bestari Maklumat Abad 21 yang diamalkan di PPD Kota Kinabalu. UPMICT PPD Kota Kinabalu juga membuat Potluck Aidilfitri mereka yang melibatkan Guru Data Maklumat, Penyelaras Bestari & ICT serta Juruteknik Komputer yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan PPD Kota Kinabalu Umin Hj Sadi ke majlis tersebut.Ucapan tahniah kepada semua warga UPMICT yang telah bertungkus lumus untuk persediaan Potluck Aidilfitri ini.

 

 

 

 

 

Hits: 147
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu membuat rakaman ucapan Aidilfitri pada 24 Jun 2016 bersama Crew Pengurusan Teknikal PPD Kota Kinabalu untuk disimpan menjadi kenangan dan ingatan semua warga PPD Kota Kinabalu dimana, rakaman yang dimulakan dengan PPD Kota Kinabalu sehinggalah kepada AKP yang setia membantu PPD Kota Kinabalu dalam melicinkan tugasan harian.

Ucapan ini nanti dapatlah dilihat di Channel Youtube Rasmi PPD Kota Kinabalu yang bakal menyaksikan aktiviti daripada warga PPD Kota Kinabalu 

Hits: 225
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT