Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Unit Pengurusan Maklumat & ICT

Unit Pengurusan Maklumat & ICT yang dibahagikan kepada 3 bahagian Pengurusan


1. Pengurusan Maklumat - JU Utama Maklumat 

2. Pengurusan Teknikal - JU Utama Teknikal 

3. Pengurusan Bestari ICT - Ju Utama Bestari ICT 

 

 

TAKLIMAT KETUA PLC PENYELARAS BESTARI ICT PPD KOTA KINABALU 

TARIKH : 22 JUN 2016 

LOKASI : BILIK MAMUTIK, PPD KOTA KINABALU 

 

Taklimat melibatkan ketua PLC Penyeleras Bestari telah disampaikan oleh Encik Mohd Idremzizan Idris Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu yang banyak berkisar berkaitan dengan pemahaman fail meja masing masing agar tidak ada penyeleras bestari yang masih belum tahu bidang tugas masing masing.Jadual waktu mengajat penyeleras bestari juga ditimbulkan untuk perbincangan kerana mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2015 Penyeleras Bestari diperuntukkan waktu mengajar sebanyak 6 - 8 waktu seminggu.

Makluman paling penting adalah Kertas Konsep Pengurusan Bestari Maklumat Adab 21 PPD Kota Kinabalu yang akan memberikan konsep adab 21 dalam menyelesaikan tugasan dan permasalahan yang timbul terutamanya melibatkan Maklumat & ICT.

Ketua Penyelaras Bestari ICT PPD Kota Kinabalu adalah :

SM Sanzac 
SMA Tun Ahmad Shah 
SM La Salle 
SK Inanam 2
SK Sacred Heart 
SK Bukit Padang 
SK (c) Anglo Chinese
SK Lapasan 
SK Tebobon 

Hits: 232
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

ANUGERAH PEMIMPIN TMK KEBANGSAAN 2016 

 
 
Inilah kali pertama idea menjadikan Pengurusan Maklumat, Pengurusan Bestari & Pengurusan Teknikal September 2012 dicetuskan kepada SK (c) Anglo Chinese hadir pada ketika itu adalah Encik Francis Langkap Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, JPN Sabah dan Encik Mohd Idremzizan Idris Pegawai Maklumat & ICT , Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu.
 
 
AJK ICT SK (c) Anglo Chinese menjadi peneraju idea yang dilontarkan oleh UPMICT, PPD Kota Kinabalu pada September 2012 dulu 
 
 
SK (c) Anglo Chinese PPD Kota Kinabalu dinobatkan menjadi Johan Pemimpin TMK Kebangsaan pada 15 Mei 2016 
 
 
Guru Besar SK (c) Anglo Chinese Puan Ong Kooi Huong dan Guru Data Maklumat Encik Kenneth Liew  Yit Chun  bersama Encik Mohd Idremzizan Idris Unit Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu dan Encik Tham daripada Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Sabah serta Encik Adrian yang mewakili Teknikal PKG, PPD Kota Kinabalu 
 
 
 
 
Tahniah dengan kejayaan 
 
Pada September 2012 disanalah bermula idea untuk menjadikan Pengurusan Maklumat, Pengurusan Bestari ICT dan Pengurusan Teknikal untuk PPD Kota Kinabalu sebagai satu perkara yang akan menjadi kepentingan kepada PPD Kota Kinabalu khasnya Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu.Apabila menjadikan UPMICT mewujudkan tiga sub unit kecil dalam membantu UPMICT ini barulah dapat dicari dan dikelaskan kekuatan ICT terutamanya Inovasi ICT untuk digunakan semua  aras pendidikan bukan sahaja untuk ICT & Maklumat. UPMICT, PPD Kota Kinabalu telah memilih beberapa sekolah dan salah satunya pada masa itu adalag SK (c) Anglo Chinese yang telah menyahut cabaran idea ini dengan sentiasa berbincang dengan PPD Kota Kianbalu bagaimana cita cita itu boleh dicapai.
 
SK (c) Anglo Chinese telah memulakan agenda untuk idea ini dengan mendapat anugerah JPMS Daerah Terbaik PPD Kota Kinabalu kemudian JPMS Negeri terbaik.Dengan itu semangat sepasukan diwujudkan dikalangan maklumat, bestari ICT & Teknikal untuk menjadikan program yang disusun disekolah bersama ibubapa, guru dan murid sentiasa mendokong idea yang telah dilontarkan.
 
Tidak dinafikan Pentadbir Guru Besar SK (c) Anglo Chinese Puan Ong Kooi Huong menjadi pembakar semangat dan pencetus banyak idea yang sangat cemerlang untuk ICT & Maklumat diperingkat sekolah.Beliau tidak pernah menjadikan alasan tidak tahu ICT sebagai satu perkara yang beliau tidak boleh berubah dan belajar menjadi pentadbir ICT. Inilah salah satu perkara yang perlu dipelajari bagaimana seorang guru besar yang bukan ICT akhirnya menjadi seorang pemimpim TMK peringkat Negeri dan peringkat Kebangsaan.
 
Tahinah kepada team Maklumat & ICT SK (c) Anglo Chinese  yang menjadi model kepada semua pengurusan ICT di sekolah sekolah PPD Kota Kinabalu 
 

Guru besar Puan Ong Kooi Huong
Guru Data & Maklumat En.Kenneth Liew Yit Chun
Guru Penyelaras Bestari En. Lawrence Ling Kie Hung
Juruteknik FT17 En.Christopher Taikun

UPMICT PPD Kota Kinabalu sangat bangga dengan pencapaian SK (c) Anglo Chinese yang berjaya dinobatkan Pemimpin TMK peringkat Kebangsaan semasa makan malam hari guru di Kota Kinabalu pada 15 Mei yang lalu.Perancangan UPMICT, PPD Kota Kinabalu menjadi kenyataan dengan wujudkan satu pasukan ICT yang dijadikan penandaaras oleh semua warga ICT di PPD Kota Kinabalu dan sekarang ianya menjadi penandaaras oleh para rakan di ICT di Negeri Sabah.

 
Hits: 459
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

28 Januari 2016 bersamaan Hari Khamis menyaksikan SK Sacred Heart menjadi tuan rumah untuk PLC Tanjung Aru dimana menjadi Hub Frog VLE yang menjadi pemangkin ICT dalam gelombang ke 2 PPPM yang mana sekolah akan menjadi VLE sebagai satu cara pembudayaan ICT dimana mana sahaja.Yang turut sama didalam Perasmian tersebut adalah Puan Norliah Ashkar Hasbollah daripada Frog Asia Zon Sabah, Encik Mohd Idremzizan bin Idris Wakil PPD Kota Kinabalu daripada Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu, Puan Rebecca Joanis daripada BTPN Sabah, Encik Azlan Umpai Pegawai Teknologi Maklumat, PKG Kota Kinabalu antara Guru Besar yang hadir pada acara tersebut adalah Guru Besar SK Tanjung Aru 1 Cikgu AlHazmi, Guru Besar SK Kepayan Cikgu Sabariah, Penolong Kanan pentadbiran dan penyelaras bestari juga turut sama dalam acara tersebut.

 

 

Kata Kata alu aluan daripada Guru Besar SK Sacred Heart Encik Simon Lim 

 

Penerangan ringkas daripada Puan Norliah Ashkar Hasbollah

 

Perasmian oleh Wakil PPD Kota Kinabalu, Encik Mohd Idremzizan bin Idris Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu 

Cenderhati dari pihak PKG untuk PPD Kota Kinabalu 

 

Program ini adalah salah satu usaha membudayakan ICT dalam kehidupan sekolah yang perlu usaha yang berterusan daripada semua pihak agar mendapat hasil yang baik daripada semua peringkat.Tahniah kepada SK Sacred Heart kerana berani merubah cara pembudayaan ICT disekolah dan untuk PLC Tanjung Aru umumnya dan PPD Kota Kinabalu khasnya.

 

Hits: 398
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Taklimat dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Maklumat.Pegawai SPMICT JPN, Sabah yang hadir adalah Encik Wan Zainuddin Hj Awang Taklimat dimulakan dengan memberikan maklumat berkaitan dengan ralat yang timbul setelah ditunjukkan kepada semua GDM PPD Kota Kinabalu mereka diberikan masa untuk membetulkan ralat yang timbul sebelum di stamping terima menjadi data yang sahih PPD Kota Kinabalu.

Encik Wan Zainuddin telah memberikan 4 perkara penting kepada GDM PPD Kota

Kinabalu yang merupakan fokus utama pada 2016 iaitu :­

1. SKT Pengarah iaitu zero ralat untuk sistem MPS ini

2. Menjadikan JPMS cemerlang dan berfungsi,

3. Pendaftaran SSO dilaksanakan oleh semua guru

4. EKMLTK difahami definisi dan fungsinya

Encik Wan Zainuddin juga memberikan pesanan kepada GDM PPD Kota Kinabalu bahawa apabila disebut perkataan Kota Kinabalu ianya bukan menjadi No.1 tetapi sentiasa menjadi yang No.1 dan selalu melihat perkara diluar kotak pemikiran. Encik Wan Zainuddin juga mengucapkan tahniah kepada UPMICT PPD Kota Kinabalu kerana berjaya membuat Bot Telegram untuk kegunaan GDM dan Apps PPD Kota Kinabalu yang juga menjadi PPD pertama membuat apps seperti itu diantara PPD yang ada. Encik Wan Zainuddin mohon kepada GDM andai ada peluang turut serta dalam lawatan muhibbah kerana daripada sana GDM akan dapat melihat kekuatan dan berkongsi pengetahuan dari sudut penyampaian maklumat yang dilaksanakan di peringkat sekolah.Beliau juga mengucapkan tahniah dengan kejayaan lawatan GDM PPD Kota Kinabalu ke Johor pada tahun yang lalu.Maklumat telah distamping pada jam 11.45 pagi disaksikan oleh Encik Wan Zainuddin Hj Awang. Beliau juga turut menyerahkan surat lantikan Ketua Ketua kumpulan MPS PPD Kota Kinabalu 2016 

Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu turut menyentuh :-

i. Pegawai Maklumat meminta dimaklumkan andai ada jadual waktu yang melebih 20 waktu diberikan kepada GDM PPD Kota Kinabalu

ii. Perkara wajib yang perlu ada setiap kali JPMS dilaksanakan adalah Buku Statistik

iii. Plan Taktikal UPMICT akan mula dibentangkan Mac 2016

 

 Maklumat PPDKK terutamanya MPS telah dikemaskini dan diverifikasi bersama 82orang guru data bersama sama dengan Ketua Unit Pengurusan Maklumat, SPMICT JPN Sabah

 

Encik Wan Zainuddin Hj Awang Memberikan Ucapan kepada semua GDM Kota Kinabalu 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hits: 339
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tebobon Encik Harris yang turut sama menyambut Rombongan Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Vokasional Teknik Likas yang turun membuat penanda arasan kesana untuk langkah menjadikan Kolej Vokasional Teknik Likas satu JPMS yang bakal cemerlang pada tahun hadapan 2016.Rombongan yang turut disertai oleh semua Penolong Kanan yang lain daripada Kolej Vokasional ini dapat melihat sendiri bagaimana persediaan JPMS dan analisis maklumat ini disalurkan di SMK Tebobon.

 

Cikgu Suzemey Ayu Ramli yang sedang memberikan penerangan kepada rombongan berkaitan dengan aturcara JPMS di SMK Tebobon.

Hits: 161
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT