Highlight Bulan Ini  

\"\"

 

 

 

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Bengkel Membina Laman Frog Kelas

Posted by on in Sekolah Menengah

frogkelas

Bengkel membina laman kelas melalui plantar Frog telah diadakan di Makmal Komputer sebagai aktiviti selepas pentaksiran sekolah pertengahan tahun. Setiap kelas diwakili oleh 2 atlet murid yang dipilih oleh guru kelas masing-masing. Bengkel ini banyak memberi pendedahan dan kemahiran ICT kepada atlet murid untuk menghasilkan laman kelas yang menarik dan berinformasi. Guru dan atlet murid bukan sahaja dapat mengetahui maklumat tentang kelas tetapi juga dapat berinteraksi dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Hits: 41
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Ucapan Hari Guru Dalam Laman Frog

Posted by on in Sekolah Menengah

frogucapan

Hari Guru merupakan hari yang amat bermakna untuk semua warga pendidik. Salah satu media yang amat berkesan untuk menyampaikan ucapan hari guru dengan cepat ialah melalui laman frog. Unit ICT dengan kerjasama Pusat Sumber sekolah berjaya membina satu laman Frog untuk para atlet murid menyampaikan ucapan teks dan kad hari guru sebagai penghargaan kepada semua guru dan jurulatih yang telah mendidik dan melatih mereka. 

Hits: 44
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

hokiu16

Tahniah kepada 3 atlet hoki SSMS iaitu Granson Noel Goden, Muhammad Faiz Aiman Bin Mohmad Aseri dan Muhammad Saifuddin Bin Azri kerana dipilih mewakil Pasukan Hoki Malaysia bawah 16 tahun ke kejohanan hoki jemputan Piala Whitsun di Mannheim, Jerman yang akan bermula dari 13 hingga 16 Mei 2016. Pasukan ini dibawah kendalian En. Nur Saiful Zaini selaku ketua jurulatih dan dibantu oleh En. Mohamad Sufian Bin Mohamad.

Hits: 111
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

ipt l1

Pasukan Hoki Wanita SSMS bawah 14 tahun dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Hoki Liga Institut Pengajian Tinggi (IPT) Pusingan pertama yang melibatkan 2 pasukan lain iaitu pasukan UMS Adler dan SMK Tun Fuad. Tujuan utama kejohanan ini adalah untuk meningkatkan pembangunan sukan hoki di negeri Sabah. Kejohanan ini akan dilaksanakan dalam 3 pusingan. Pusingan seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Ogos dengan menjemput lebih ramai pasukan menyertainya. Tahniah kepada pemain-pemain muda SSMS kerana telah menunjukkan prestasi yang amat baik dan memberi cabaran kepada pasukan-pasukan yang lebih senior. 

Hits: 193
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Mesyuarat PIBG Kali Ke-2 2016

Posted by on in Sekolah Menengah

pibg2

Mesyuarat PIBG kali ke-2 Sekolah Sukan Malaysia Sabah diadakan pada 7 Mei 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SSMS. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Jonnas Joitol selaku YDP PIBG SSMS. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pemuafakatan ini penting untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sukan di sekolah ini. Peranan ibu bapa amat penting kerana mereka merupakan watak utama disebalik kejayaan seseorang atlet murid.

Hits: 103
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

mssm T&F

Atlet murid Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) telah menyumbang 4 emas, 7 perak dan 6 gangsa dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSM yang diadakan pada 3 hingga 7 Mei 2016 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Muhammad Sunik Bin Muslimin merupakan atlet murid paling cemerlang dengan memenangi 2 emas dalam acara Lompat Kijang dan Lompat Jauh kategori lelaki bawah 15 tahun. Keseluruhannya, Kontinjen Sabah menduduki tempat ke-6 dengan pungutan 8 emas, 18 perak dan 11 gangsa.   

Hits: 117
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Program Peningkatan Akademik SPM

Posted by on in Sekolah Menengah

spm sejarah

Seramai 47 orang atlet murid Tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti bengkel teknik menjawab soalan Sejarah SPM anjuran Panitia Sejarah. Bengkel ini telah diadakan pada pukul jam 7.00 pm hingga 9.30 pm di Dewan Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan disampaikan oleh Pn. Elizabeth Ebin, seorang guru Sejarah yang berpengalaman dari SMK Tamparuli. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada atlet murid yang akan menduduki SPM pada tahun ini.

Hits: 111
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Borneo International Marathon 2016

Posted by on in Sekolah Menengah

bim

Atlet murid Sekolah Sukan Malaysia Sabah muncul sebagai Johan Keseluruhan Perempuan Kategori Sekolah dalam Borneo International Marathon 2016 yang diadakan di Kompleks Sukan Likas pada 1 Mei 2016.

Hits: 392
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT