Highlight Bulan Ini  

 

 

 

 

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Bengkel Perdagangan SPM

Posted by on in Sekolah Menengah


Panitia Perdagangan dengan kerjasama Unit UBK SSMS menganjurkan ceramah dan bengkel teknik menjawab soalan Perdagangan SPM untuk semua atlet murid tingkatan empat dan lima. Program ini merupakah salah satu daripada program peningkatan SPM sekolah untuk membantu meningkatkan pencapaian sekolah khasnya mata pelajaran Perdagangan. Tahun ini merupakan tahun pertama atlet-atlet murid menduduki peperiksaan SPM.

Hits: 88
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Thailand Sports School Games

Posted by on in Sekolah Menengah

Kontinjen renang SSMS meraih 1 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa dalam Thailand Sports School Games yang diadakan di Chonburi, Thailand pada 26 Julai hingga 4 Ogos 2016. Yong Zhi Yi, atlet renang tingakatan satu menunjukkan pencapaian terbaik dengan memungut 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Manakala Cheong Jia Wen dan Edwin Tang Hoe Win sekadar memungut 1 Perak dan 1 Gangsa. Tahniah!

Hits: 86
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Taklimat SSQS

Posted by on in Sekolah Menengah

Taklimat SSQS untuk semua guru telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SSMS. Selepas taklimat ringkas SSQS, bengkel telah diadakan untuk membimbing guru-guru mengisi borang SSQS dengan betul. Sebelum ini, taklimat yang sama juga diadakan untuk atlet murid yang dipilih sebagai responden di Makmal Komputer 1. Taklimat SSQS ini penting sebagai kayu pengukur untuk membuat penambahbaikan tentang hala tuju program ICT sekolah pada masa akan datang.

Hits: 79
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Majlis pelancaran disempurnakan oleh En. Madsarin Bin Rahim, Penolong Kanan Pentadbiran bersama semua warga sekolah pada 4 Ogos 2016 bertempat di Dataran SSMS.

Hits: 65
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Ceramah Motivasi SPM

Posted by on in Sekolah Menengah

Penyampaian cenderahati kepada penceramaha motivasi, Mohd Fadley Bin Fauzi dari SMK Datuk Peter Mojuntin

Seramai 17 atlet murid akan menduduki SPM tahun ini yang juga merupakan kumpulan pertama calon SPM SSMS

Hits: 55
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Karmentina Nadia Quadra memenangi pingat Perak dalam acara 400m Lompat Pagar dan pingat Gangsa dalam acara 100m Lompat Pagar

Nur Hafizah Bt. Mohd Tahir atlet olahraga SSMS (dua dari kiri) membantu Sabah memperolehi pingat Gangsa dalam acara 4 x 100m

Pasukan lari berganti-ganti 4 x 400m kontinjen Sabah memungut pingat Gangsa. 3 pelari adalah dari atlet olahraga SSMS (Karmentina Nadia Quadra, Elfiekha dan Erlyn)

Para atlet olahraga SSMS bersama Coach olahraga Mohd Raafi Sahimin. Keseluruhan para atlet olahraga SSMS telah menyumbang 1 Perak dan 3 Gangsa untuk kontinjen Sabah. Mengikut Coach Mohd Raafi, penglibatan atlet olahraga SSMS untuk Sukma kali ini lebih kepada pendedahan sahaja memandangkan usia mereka masih muda (15 - 17 tahun). Target sebenar mereka ialah pada Sukma akan datang di negeri Perak.

 

Hits: 333
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

8th ASEAN School Games

Posted by on in Sekolah Menengah

Muhammad Sunik Bin Muslimin, atlet olahraga SSMS mengharumkan nama Malaysia dengan memungut 2 pingat perak dalam acara lompat jauh dan lompat kijang Kejohanan Olahraga "8th ASEAN School Games" di Chiang Mai, Thailand. Setinggi-tinggi tahniah dan semoga sentiasa sukses pada masa-masa akan datang.

Hits: 86
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Malaysia muncul sebagai Naib Johan setelah kalah kepada Korea Utara 0:3 diperlawanan akhir. Ini merupakan satu pencapaian yang amat menbanggakan kerana kesemua pemain yang terlibat akan mengikuti AFC bawah 16 tahun yang dijangka akan diadakan di Weifang, China pada penghujung bulan Ogos.

Hits: 66
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Keputusan Akuatik SUKMA XVIII 2016

Posted by on in Sekolah Menengah

Atlet Terjun Air SSMS memenangi 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam SUKMA XVIII 2016 di Pusat Akuatik Sarawak. Pasangan Nur Ain Nadzmi dan Nurfazriyanti Bt Jali dan pasangan Muhammad Firas Bin Shahrum Azam dan Ahmad Danish Haikal Bin Shaari memenangi pingat perak dan gangsa dalam acara berirama untuk negeri Sabah dan Negeri Sembilan.

Hits: 83
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Malaysia U15 Membelasah Wuzhou U15

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan Malaysia U15 bola sepak wanita memperoleh kemenangan besar ke atas kelab bola sepak Wuzhou dengan keputusan 15 : 0. Athirah Mamat merupakan pemain yang paling menyerlah dalam perlawanan ini dengan menjaringkan 9 gol. Gol-gol Malaysia yang lain dijaringkan oleh Rosdianah Adeline Jerus (2 gol), Anis Aishah Bt Asiati Raili (2 gol), Christella Moureen Yain (1 gol), dan Elsie Celarryna Jawit (1 gol).

Hits: 67
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Dua gol ledakan Hellma Emily Joinin selaku kapten Malaysia U14 membawa kemenangan kepada Malaysia ke atas IFK Timra, Sweden.  Ini adalah merupakan perlawanan pertama Malaysia. Semoga kemenangan ini dapat membantu menaikkan semangat para pemain bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Hits: 64
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Atlet renang SSMS Wong Venn Chieh yang juga merupakan pemenang acara 1500m gaya bebas pingat emas MSSM 2016 membawa berita baik dari Yakutsk, Rusia dengan memenangi pingat gangsa dalam acara kegemarannya 1500m gaya bebas. Tahniah kepada adik Wong Veen Chieh kerana mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia.

Hits: 63
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

International Athletics Championship

Posted by on in Sekolah Menengah

Atlet Olahraga SSMS merai 1 emas, 4 perak dan 1 gangsa dalam International Athletics Championship di Singapura. Kejohanan ini telah berlangsung selama 4 hari dengan disertai oleh negara-negara seperti Australia, Singapura, Malaysia dll. SSMS telah menghantar 4 atlet menyertai kejohanan ini yang diadakan pada 13 hingga 16 Julai 2016. Atlet SSMS paling cemerlang ialah Nurhaziqah Izati Bt Zana dengan pencapaian 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Hits: 57
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Pasukan Akuatik SUKMA Sabah

Posted by on in Sekolah Menengah

Seramai 11 atlet akuatik SSMS mewakili negeri Sabah dalam SUKMA 2016. Atlet renang seramai 8 orang dan atlet terjun air 3 orang. Sebelum ini, 3 atlet terjun air telah dihantar oleh MSN Sabah untuk mengadakan sesi latihan pusat di Wuhan, China. Atlet yang dimaksudkan ini ialah Nur Ain Nadzmi, Nurfazriyanti Bt Jali dan Norazlin Bt Ramon.

Hits: 219
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Berikut adalah maklumat jumlah atlet hoki SSMS yang dipilih mewakili negeri Sabah dan Sarawak dalam SUKMA 2016 di Sarawak:

Hoki Lelaki (Sabah) :  4 orang
Hoki Wanita (Sabah) :  16 orang
Hoki Lelaki (Sarawak) :  4 orang

Tahniah kepada semua atlet yang terpilih untuk menyertai SUKMA 2016 !

 

Hits: 124
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Sesi bergambar selepas latihan intensif bersama jurulatih di padang SSMS 

Pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia bawah 16 tahun yang kesemua pemainnya diwakili atlet SSMS berlepas ke Guang Xi, China untuk menyertai Wuzhou International Women's Football Invitational Tournament. Pasukan ini di bawah pengendalian Coach Zaidi dan En. Hilary. Penyertaan ini penting sebagai medan untuk persediaan menghadapi Piala AFC U-16 pada bulan Ogos.

Hits: 58
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Gothia Cup World Youth Tournament

Posted by on in Sekolah Menengah

gothia

Seramai 16 atlet bola sepak wanita SSMS bawah 14 tahun akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Gothia Cup World Youth Tournament di Gothenburg, Sweden pada 15 hingga 24 Julai 2016. Pasukan ini di bawah pengendalian Coach Zhang Hong dan Coach Smith Ampuling. Penyertaan ini penting untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pemain untuk menghadapi pertandingan peringkat antarabangsa pada masa-masa akan datang. Selamat maju jaya! 

Hits: 133
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Terjun Air Terbuka Singapura

Posted by on in Sekolah Menengah

singapore open

Tahniah kepada Ahmad Danish Haikal dan Muhammad Firas Bin Shahrum Azam, atlet terjun air SSMS kerana merangkul pingat Gangsa dalam Kejohanan Terjun Air Terbuka Singapura yang diadakan pada 1 - 4 Julai 2016 bertempat di Pusat Akuatik HSBC, Singapura.

Hits: 65
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by on in Sekolah Menengah

ssms

Hits: 79
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Majlis Khatam Al-Quran SSMS

Posted by on in Sekolah Menengah

khatam AQ

Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan atlet murid. Majlis ini melibatkan semua guru, jurulatih, AKP dan semua atlet murid yang beragama Islam. Majlis ini telah bermula jam 7.00 pagi sehingga 8.40 pagi bertempat di Dewan SSMS.

Hits: 87
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT