Highlight Bulan Ini  

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Sarawak Age Group 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Muhammad Naqeb Bin Rosli atlet renang SSM Sabah antara paling menonjol dalam Kejohanan Renang Sarawak Age Group yang diadakan di Kuching, Sarawak. Dia dianugerahkan sebagai perenang terbaik kejohanan di samping memecahkan rekod dalam acara 50m gaya bebas dengan catatan 25.20s. Muhammad Naqeb Bin Rosli bersama Chin Xue Kang seorang lagi atlet renang SSM Sabah akan mewakili Sarawak ke National Age Group 2017.

Hits: 75
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Sambutan Tahun Baru Cina SSM Sabah

Posted by on in Sekolah Menengah

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bertambah meriah dengan adanya persembahan khas dari Kelab Bola Sepak Finestar Beijing. Mereka telah mempersembahkan tarian dan guitar yang memukau semua warga sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh En. Jonnas Bin Joitol, YDP PIBG SSM Sabah. Semua kelab dan persatuan wajib mengambil bahagian dalam persembahan Tahun Baru Cina. Pemenang persembahan terbaik jatuh kepada Kelab Komputer.

Hits: 61
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Program Jom Ke Sekolah

Posted by on in Sekolah Menengah

Program Jom Ke Sekolah telah dirasmikan oleh ACP Chandrasehkaran a/l Mutu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu. Program ini adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid terutamanya dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Di samping itu, semua atlet murid juga digalakkan untuk menggunakan Peti Aduan Disiplin Murid untuk menyalurkan maklumat yang diperoleh berkaitan salah laku sama ada di dalam atau di luar sekolah kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.

Hits: 93
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Sayang Sang Juara

Posted by on in Sekolah Menengah

Program Mentor Mentee \'Sayang Sang Juara\' merupakan satu program tahunan UBK SSM Sabah untuk melahirkan atlet murid yang berilmu, berakhlak mulia, berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Majlis Perasmian Sayang Sang Juara disempurnakan oleh Cik Tan Peng Jeng, PK HEM SSM Sabah. Semoga dibawah pengawasan dan penjagaan mentor-mentor yang dedikasi, atlet murid dapat mencapaian kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik.

Hits: 91
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Pasukan renang SSM Sabah menduduki tempat keempat dengan membolot 16 emas, 5 perak dan 9 gangsa dalam Sabah Invitational Age Group Championship kali ke-50 yang diadakan pada 12 hingga 14 Januari 2017 di Kompleks Sukan Likas. Empat atlet murid SSM Sabah iaitu Logan Wong Venn Chieh, Muhammad Naqeb Bin Rosli, Lovell Wong Hsiao Thang dan Arhadin Bin Prome dinobatkan sebagai perenang terbaik kejohanan mengikut kategori masing-masing.

Hits: 97
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Jejak Juara Siri 5

Posted by on in Sekolah Menengah

Program orientasi atlet murid baru \"Jejak Juara Siri 5\" berjalan dengan baik ditutup dengan rasminya oleh En. Jonnas Joitol, YDP PIBG SSM Sabah di Dewan Mini SSMS. Seramai 33 atlet murid baru telah berdaftar dan menjalani program orientasi yang bermula pada 3 hingga 6 Januari 2017. Dalam ucapan penutupan, Encik Jonnas Joitol mengingatkan semua atlet murid agar sentiasa menjaga disiplin diri di samping melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang atlet murid yang cemerlang dan mengharumkan nama SSM Sabah dipersada dunia satu hari nanti.

Hits: 89
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Taklimat bersama atlet murid telah disampaikan oleh Pn. Lucia Quek Sai Gearn pada hari pertama persekolahan. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua atlet murid kembali ke alam persekolahan serta kata-kata motivasi untuk meneruskan kecemerlangan sukan dan akademik di SSM Sabah. Beliau mengucapkan tahniah kepada warga SSM Sabah atas pencapaian GPS 2.49 dalam keputusan PT3.

Hits: 116
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Pendaftaran Atlet Murid 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Seramai 33 atlet murid baru telah berdaftar pada 2 Janurari 2017 (Isnin) di SSM Sabah. Pemantauan perjalanan pendaftaran telah diselia oleh Pn. Lucia Quek Sai Gearn, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas pendaftaran, mesyuarat agung PIBG juga diadakan untuk memilih barisan AJK yang baru bagi tahun 2017.

Hits: 97
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Liga Bola Sepak KPM/ PPBN/ FAM B-16

Posted by on in Sekolah Menengah

Sekolah Sukan Malaysia Sabah memulakan kempen Liga Bola Sepak Perempuan KPM/ PPBN/ FAM bawah 16 tahun (B-16) dengan langkah kanan apabila menguasai carta sirkit pertama setelah meraih tiga kemenangan dengan mengalahkan SSN Terengganu 13:1, SSN Negeri Sembilan 10:0 dan SSN Selangor 3:0.

Hits: 151
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Anugerah Kokurikulum SSM Sabah

Posted by on in Sekolah Menengah

Majlis Anugerah Kokurikulum SSM Sabah berjaya disempurnakan oleh Pn. Lucia Quek Sai Gearn, Ketua Sektor Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18hb November 2016 bertempat di Dewan Makan SSM Sabah. Selepas majlis, beliau mengadakan perjumpaan dengan atlet murid SPM dan atlet murid yang akan berpindah keluar dari sekolah ini. Beliau mengucapkan tahniah dan menyerahkan slip keputusan kepada atlet murid yang berjaya dalam UPSR. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Tajudin Abdullah, Penolong Pengarah, Unit TID, Bahagian Sukan, KPM dan En. Jonnas Joitol, YDP PIBG SSM Sabah.

Hits: 83
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Hoki Dewan UPSI Ke-10

Posted by on in Sekolah Menengah

Tahniah kepada pasukan lelaki dan wanita bawah 16 tahun SSM Sabah kerana memperoleh tempat ketiga dalam Kejohanan Hoki Dewan Kali Ke-10 anjuran UPSI, Perak.

Hits: 87
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Hoki Thunderbolts

Posted by on in Sekolah Menengah

SSM Sabah menduduki tempat kedua setelah tewas kepada SSBJ 1:7 dalam perlawanan akhir Kejohanan Hoki Thunderbolts kali pertama yang diadakan di Stadium Hoki SSTMI. Atlet SSM Sabah, Mohammad Faiz Aiman dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan. Tahniah & Syabas!

Hits: 95
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Hoki SMK Anderson/ Milo/ PHA 2016

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan hoki wanita dan lelaki bawah 14 tahun SSM Sabah mencatat kemenangan cemerlang muncul sebagai Johan dan Naib Johan Kejohanan Hoki Jemputan SMK Anderson/ Milo/ PHA 2016 bertempat di Stadium Azlan Shah, Perak. Selain daripada itu, 3 atlet hoki iaitu Jallister West, Flovenia Silverius dan Mas Bethyina Muris dianugerahkan sebagai Penjaring Terbanyak (lelaki), Penjaring Terbanyak (wanita) dan Penjaga Gol Terbaik kejohanan.

Hits: 184
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Program Hari Terbuka SAC3

Posted by on in Sekolah Menengah

Seramai 5 0rang guru dan 57 orang atlet murid tingkatan 3 dan darjah 6 telah melawat ke SAC3 pada 19 Oktober 2016, jam 8.30 am hingga 11.30 am. Taklimat telah disampaikan oleh wakil dari SAC3 tentang ringkasan perjalanan lawatan. Setiap guru dan atlet murid perlu mengisi borang kaji selidik serta cabutan bertuah yang disediakan. Antara tempat yang dilawati seperti tempat dan pameran melukis, bilik senifoto, tayangan, kraf tangan dan banyak lagi. Beberapa atlet murid memenangi hadiah cabutan bertuah berupa hamper dan kupon pendaftaran kursus jangka pendek yang ditawarkan secara percuma.

Hits: 87
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Piala D.O. Penampang

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan bola sepak wanita bawah 16 tahun SSM Sabah muncul sebagai Johan dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala D.O Penampang di Padang Siol Hungab, Penampang. Tahniah!

Hits: 87
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Tahniah kepada pasukan hoki wanita SSM Sabah sekali lagi menjuarai Liga Hoki antara Institut Pengajian Sirkit 2 bagi tahun 2016/2017. Liga ini disertai oleh SSM Sabah, UMS Adler, SMK Tun Fuad Stephen dan IPG Gaya. Pasukan SSM Sabah dibarisi oleh pemain-pemain muda yang rata-ratanya terdiri daripada atlet murid tingkatan satu dan dua. Semoga dengan pendedahan diperingkat awal ini dapat melahirkan lebih ramai pemain yang berbakat di masa akan datang

Hits: 88
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Hari Sukan Negara

Posted by on in Sekolah Menengah




Pasukan Berbasikal SSM Sabah yang terdiri daripada guru dan jurulatih


Ini adalah sebahagian atlet murid yang mengambil bahagian di Taman Tasik, Kompleks Sukan Likas yang menjayakan program \\\'Jalan 10,000 langkah\\\'

Hits: 73
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2016

Posted by on in Sekolah Menengah

Tiga atlet olahraga SSM Sabah telah menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Universiti Malaya pada 29 September hingga 3 Oktober 2016. Dua orang atlet SSM Sabah iaitu Aveyenda Bt Aron dan Ikma Syaffiera Duris memungut 1 Perak dalam acara 4x400 meter dan 1 Gangsa dalam acara 4x100 meter. Seorang lagi atlet SSM Sabah, Benedict Ian Gawok gagal mencapai sebarang pingat tetapi mencipta rekod peribadi terbaik dalam acara 110 meter lompat pagar. Tahniah kepada jurulatih dan atlet olahraga yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam kejohanan tersebut.

Hits: 167
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Karnival KoKurikulum SSM Sabah

Posted by on in Sekolah Menengah

Karnival KoKurikulum SSM Sabah berjaya dilaksanakan dibawah kerjasama dan komitmen yang baik dari semua warga sekolah terutamanya atlet-atlet murid yang mewakili platun PRS masing-masing. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah Nyanyian Solo, Choral Speaking, Pidato Piala Diraja, Explorace dan Hidangan Sepinggan Lengkap. Karnival ini merupakan aktiviti tahunan yang harus dilaksanakan oleh semua Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Acara kemuncak ialah Karnival KoKurikulum peringkat kebangsaan yang akan disertai oleh kelima-lima buah SSM yang dijangka akan diadakan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Hits: 72
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Liga Hoki TNB Sabah 2016

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan Hoki lelaki dan perempuan SSM Sabah bawah 14 tahun cemerlang dalam Liga Hoki TNB Bawah 18 Tahun Sabah yang berlangsung di Stadium Hoki Likas pada 22 - 24 September 2016. Dalam kejohanan ini, pasukan hoki SSM Sabah mengetengahkan semua pemain muda bawah 14 tahun dan bertemu dengan pasukan yang rata-ratanya membariskan pemain-pemain bawah 18 tahun. Perbezaan umur tidak menghalang semangat para atlet hoki lelaki dan perempuan SSM Sabah dan terus cemerlang sehingga dinobatkan sebagai juara berganda Liga Hoki TNB Sabah bagi tahun 2016.

Hits: 88
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT