Highlight Bulan Ini  

 

Info Terkini Unit

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Pasukan bola sepak wanita bawah 14 tahun Malaysia yang majoritinya diwakili oleh atlet murid dari SSM Sabah muncul sebagai naib johan Wuzhou International Football Championship. Dalam perlawanan akhir, Malaysia tewas 1 : 3 kepada Guangzhou, China. Tahniah kepada coach dan semua pemain atas kejayaan ini.

Hits: 14
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

[SSM SABAH] Majlis Sambutan Hari Raya 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Majlis Sambutan Hari Raya telah diraikan oleh semua warga SSM Sabah pada 19 Julai 2017 bertempat di Dewan Makan SSMS. Sebelum majlis bermula, pertandingan permainan tradisional antara platun KRS telah dijalankan pada sebelah pagi dan kemudian disambung dengan Majlis Sambutan Hari Raya dengan hidangan istimewa pelbagai makanan tradisional Malaysia. Atlet murid turut mempersembahkan lagu hari raya dan persembahan slaid berkaitan makanan tradisional Malaysia. Tahniah kepada semua AJK kerana dapat melaksanakan majlis ini dalam suasana yang meriah dan mesra.

Hits: 17
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

[SSM SABAH] Asean Schools Games

Posted by on in Sekolah Menengah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Benedict Ian Gawok, atlet murid dari SSM Sabah kerana memenangi pingat Emas acara 110 meter Lompat Berpagar dalam Kejohanan Asean Schools Games yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura.

Hits: 12
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Atlet murid SSM Sabah cemerlang dengan pencapaian 3 Emas dan 3 Gangsa dalam International Little Atheletics Championship 2017 yang berlangsung di SSM Pahang. Tahniah kepada atlet-atlet murid yang berjaya.

Hits: 13
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

SSM Sabah muncul sebagai Johan Keseluruhan Liga KPM-PPBN-FAM Bola Sepak Wanita Bawah 16 Tahun 2016/2017 yang diadakan di SSTMI, Johor. Di samping itu dua atlet bola sepak wanita SSM Sabah iaitu Nor Athirah Bt. Mamat dan Olevia Olga Sabrinus muncul sebagai Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik kejohanan pada kali ini. Tahniah!!!

Hits: 26
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

[SSM SABAH] Salam Aidilfitri

Posted by on in Sekolah Menengah


Hits: 50
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Majlis Sungkai Perdana dan penyampaian sumbangan dari raya dirasmikan oleh En.Jonnas Joitol, YDP PIBG. Seramai 25 atlet murid yang kurang kemampuan terpilih untuk menerima sumbangan ini. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran dan komitmen yang diberikan oleh YDP PIBG.

Hits: 40
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Hits: 48
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

[SSM SABAH] Selamat Menyambut Ramadan

Posted by on in Sekolah Menengah

Hits: 39
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja telah diadakan serentak di Dewan Makan SSMS. Tema pakaian sambutan pada tahun ini ialah pakaian etnik Malaysia. Terdapat pelbagai persembahan yang menghiburkan seperti nyanyian, tarian dan lakonan dari atlet murid dan staf SSMS. Majlis bermula dengan bacaan ucapan teks KPPM dan Menteri Pendidikan Malaysia oleh wakil guru. Selepas itu, perjalanan aktiviti diselang seli dengan persembahan dan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka dan anugerah-anugerah untuk guru. 

Hits: 40
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Tahniah dan syabas kepada dua atlet SSMS iaitu Karmentina Nadia Quadra dan Mohd Alif bin Mohd Razi kerana terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Olahraga Remaja Asia kali kedua (2nd Asian Youth Athleletics Championships) yang berlangsung di Bangkok, Thailand. Ini merupakan platform terbaik untuk atlet-atlet menimba ilmu dan pengalaman kerana ia disertai oleh atlet-atlet yang terbaik dari negara Asia.

Hits: 27
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

[SSM SABAH] SSMS 0 : 2 NEPAL

Posted by on in Sekolah Menengah

Perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak wanita SSMS dengan pasukan Nepal telah diadakan di padang SSM Sabah. Perlawanan ini berlangsung dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai dan pasukan SSMS tewas dengan keputusan 0:2. Sebelum ini pasukan Nepal seri dengan pasukan kebangsaan wanita negara 1:1 di Stadium Likas pada 22 Mei 2017. 

Hits: 22
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Julfaddli Bin Jali, atlet terjun SSM Sabah yang sedang meningkat naik beraksi cemerlang dalam Kejohanan Sport Excel Diving Championship 2017 dengan memperolehi 2 Emas , 1 Perak dan 1 Gangsa. Keputusan keseluruhan pasukan terjun SSM Sabah memungut 3 Emas, 4 Perak dan 2 Gangsa. Pasukan ini dibawah bimbingan jurulatih Coach Khairul Safwan dan disertai oleh 5 atlet terjun.

Hits: 23
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

[SSM SABAH] Selamat Hari Guru 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Hits: 46
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Seramai 15 atlet bola sepak SSM Sabah terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Bola Sepak Wanita Bawah 15 Tahun AFF di Laos. Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Thailand. Kumpulan B pula terdiri daripada Filipina, Singapura, Kemboja dan Indonesia.

Hits: 46
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Pasukan Hoki Lelaki Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSM Sabah) Bawah 13, 14 dan 15 tahun mengungguli Kejohanan Hoki 5 Sebelah 1Mas Sabah dengan masing-masing muncul sebagai Johan dan Naib Johan kategori terbuka dan tempat ketiga kategori bawah 15 tahun. kejohanan  ini telah diadakan di Padang Astroturf, Kompleks Sukan Tawau.

Hits: 52
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kejayaan akhirnya milik pasukan hoki lelaki SSM Sabah setelah percubaan untuk mara ke Piala TNB gagal pada tahun lepas. SSM Sabah (SSMS Ressilient) muncul sebagai Johan selepas mengalahkan SSTMI Juniors 3 : 1 dalam perlawanan akhir Liga Hoki Remaja Malaysia Divisyen Dua. SSMS Resilient dan SSTMI Juniors bersama 6 pasukan Divisyen Satu akan meneruskan perjuangan dalam Piala TNB yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Hits: 60
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Hoki Piala No One Sport

Posted by on in Sekolah Menengah

Pasukan Hoki SSM Sabah yang dibarisi pemain-pemain bawah 15 tahun muncul sebagai Johan kejohanan Hoki Piala Number One Sport anjuran Persatuan Hoki Daerah Kota Kinabalu yang diadakan di Stadium Hoki Likas, Kota Kinabalu.  SSM Sabah mengalahkan KK Senior dalam perlawanan akhir dengan keputusan 6 : 5 melalui penalti shootuot. Dua atlet hoki SSM Sabah Muhammad Salman Bin Sudirma dan Hail Iskandar Bin Hail Hamir dinobatkan sabagai Pemain Terbaik Kejohanan dan Penjaga gol Terbaik.

Hits: 45
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Borneo International Marathon 2017

Posted by on in Sekolah Menengah

Jasseyca Sayu anak Sawing, atlet olahraga jarak jauh SSM Sabah mengungguli Borneo International Marathon kategori pelajar 10 KM yang diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Keputusan atlet SSM Sabah yang lain ialah Hizilawanty Jamain menduduki tempat kelapan, Muhd Azri Pirasa tempat ketujuh dan Nistelrooy Veron Sili tempat keempat belas.

Hits: 46
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Cabaran Laut Antarabangsa Labuan

Posted by on in Sekolah Menengah

Atlet renang SSM Sabah hampir sapu bersih kesemua hadiah yang dipertandingkan dalam Cabaran Laut Antarabangsa Labuan yang bermula pada 21 April hingga 1 Mei 2017. Logon Wong Venn Chieh merupakan atlet paling menonjol dengan mendapat tempat pertama dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang lain yang turut mencipta nama dalam pertandingan ini ialah Kuin Jiu Jun, Arhadin Bin Prome dan Chong Jia Wen.

Hits: 108
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT