Highlight Bulan Ini  

\"\"

 

 

 

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Karnival Dakwah Peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Kemeterian Pendidikan Malaysia telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (Tahfiz Model  Ulul Albab) pada 29 April hingga 1 Mei 2016 bersamaan 22 Rejab 1437H.

            Sepanjang karnival tersebut, pelbagai acara telah dipertandingkan bagi menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kalangan murid. Selain itu, karnival ini diharapkan dapat mengembangkan bakat dan potensi pelajar ke arah melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual.

            Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Qiraat Sab’ah Bit Tarannum, Kalimatus Sobah dan Nasyid. Beberapa buah sekolah SMKA dan SABK dari enam zon Negeri Sabah telah menyertai karnival ini.

            Kategori sekolah menengah bagi acara Tilawah Al-Quran lelaki telah dimenangi oleh Adik Muhd Firdaus bin Mohd Hidup dari Zon Tenggara, manakala Tilawah Al-Quran perempuan dimenangi oleh Adik Nadirah Syazwani binti Sapari dari Zon Barat.Untuk acara Hafazan Al-Quran sekolah menengah kategori lelaki disandang oleh Adik Kamal bin Amal dari Zon Barat. Sementara bagi kategori perempuan dimenangi oleh Adik Farra Hanim binti Hadian  dari Zon Pedalaman.

            Acara Qiraat Saba’ah Bit Tarannum menengah atas disandang oleh Adik Muhammad Fadhil bin Arif dari Zon Barat. Bagi acara Kalimatus Sobah menengah atas pula dimenangi oleh Adik Nur Iwana Hifzona binti Mahasalmasri dari Zon Barat. Dalam pertandingan nasyid sekolah menengah, Zon Utara telah dinobatkan sebagai juara. Zon Barat telah menungguli johan keseluruhan Karnival Dakwah Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2016.

            Majlis Penutupan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Suhaili Bin Haji Said Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merangkap ADUN N49 Tungku. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr Mohd Kassim Tusin, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Ketua Penolong Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, guru-guru dan para pelajar serta ibu bapa.

 

Hits: 127
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

LAPORAN KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU SABAH.

Tarikh: 2 April 2016

Tempat: SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat daerah Kota

Kinabalu, Sabah bagi tahun 2016 telah berlansung dengan gilang-gemilang di Sekolah

Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah selaku tuan rumah. Seluruh warga

sekolah berasa amat bangga di atas kepercayaan yang diberikan oleh Pejabat Pendidikan

Negeri Sabah kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya Kota Kinabalu selaku

tuan rumah bagi mengelola dan menjayakan majlis tersebut.

Semua peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah dan

Sekolah Menengah sekitar daerah Kota Kinabalu Sabah, Dalam karnival dakwah ini, empat

acara yang telah dipertandingkan iaitu acara Tilawah al-Quran (Menengah dan Rendah)

kategori lelaki dan perempuan, acara Hafazan (Menengah dan Rendah) kategori lelaki dan

perempuan, acara Nasyid (Menengah dan Rendah) kategori lelaki dan perempuan dan acara

Bercerita daripada Kisah al-Quran (Sekolah Rendah) kategori lelaki dan perempuan.

Pertandingan dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 12.00

tengahari. Diantara gambar-gambar sepanjang acara berlansung:

 

Sepanjang  pertandingan berlansung , semua peserta daripada semua sekolah yang terlibat telah memberikan komitmen yang baik dan bersaing secara aktif. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Encik Sabudin bin Dullah yang merupakan Penolong Pengarah Pembangunan Syiar Islam dan Budaya .  Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah  telah dimenangi oleh SMKA KOTA KINABALU dengan keputusan 2 Emas dan 3 Perak, manakala  Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah telah dimenangi oleh SK KOTA KINABALU SELATAN dengan keputusan 4 Emas.  Berikut merupakan senarai johan bagi keseluruhan acara yang dipertandingkan :

 

Semua pihak amat berharap agar peserta-peserta yang bakal mewakili daerah Kota Kinabalu  akan membuat persiapan yang terbaik bagi merangkul kejayaan diperingkat seterusnya. Akhir sekali, pihak sekolah dan penganjur Karnival Dakwah Daerah Kota Kinabalu merakamkan sekalung penghargaan  kepada semua yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan majlis tersebut.

“ AL-QURAN ASAS PEMBINAAN ILMU DAN PENYEMPURNAAN AKHLAK”.

Hits: 160
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Kem Pemantapan Sahsiah Sekolah Menengah

Posted by on in Unit Pengurusan Islam

Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kota Kinabalu yang telah dijalankan pada hujung tahun 2014 sangat memberi kesan yang mendalam buat semua peserta yang mengikuti kem tersebut. Kem ini telah dijalankan di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang yang dihadiri seramai 100 pelajar sekolah menengah sekitar Daerah Kota Kinabalu.

 

  Kem ini dijalankan degan kerjasama Jawatankuasa Syukbah Dakwah Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang dengan tujuan memakmurkan masjid dengan aktiviti yang mensasarkan kepada komuniti sekitarnya. Pada masa yang sama, jalinan kerjasama juga dapat diwujudkan antara UPI PPDKK dengan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang membantu dari sudut penyediaan modul dan tenaga fasilitator dikalangan mahasiswa dan graduan universiti tempatan dalam pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah kali ini. Apa yang cukup menggembirakan ialah maklum balas dari para peserta yang sebahagian besar mengatakan para fasilitator sangat memahami keperluan dan perasaan mereka sehingga kebanyakan peserta ingin hadir lagi dalam kem yang sama pada tahun 2015 jika diberi peluang.

 

  Kem ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ismail Anam, Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah. Secara Keseluruhannya, kem ini sangatlah positif untuk diadakan semula pada tahun 2015. Namun ia bergantung kepada waran peruntukan yang diturunkan kepada UPI PPDKK. Wallahua'lam

 

 

Hits: 249
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT