Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

 

 

PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN - 28TH INTERNATIONAL INVENTION & INNOVATION EXHIBITION (ITEX) 2017 di adakan di KLCC 10-13 Mei 2017

Cikgu Ebon yang juga Guru Data Maklumat SK Gentisan PPD Kota Kinabalu sedang membuat penerangan berkaitan sistem pengurusan maklumat yang dipertandingkan.



Sedikit ringkasan berkaitan dengan inovasi maklumat ini 

Kajian ini menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam menentukan tapak letakan sekolah rendah baharu di Sabah khusus di kawasan Kota Kinabalu. Satu kaedah menyeluruh digunakan bagi menentukan tapak sekolah rendah di Malaysia khususnya di Sabah. Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk membangunkan Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi bagi sekolah di bandar Kota Kinabalu. Lebih daripada 15 parameter telah digunakan bagi membantu penyelidik mengenalpasti letakan terbaik tapak sekolah baharu di Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan Multi-Criteria Decision Support System (MCDSS) dan Analytical Hierarchical Process (AHP). Analytical Hierarchical Process menggunakan Pairwise comparison matrix, ia digunakan bagi membangunkan kombinasi parameter yang sesuai dalam membantu MCDSS. Sistem ini merupakan satu inovasi dan kaedah baharu dalam menilai tapak sekolah baharu berbanding dengan kaedah digunapakai sekarang yang bergantung kepada laporan daripada agensi-agensi kerajaan dan kaedah pemantauan tapak lain tanpa penilaian yang menyeluruh kepada parameter-parameter yang berkaitan. Hasil daripada kajian tersebut sebuah pangkalan data SMG telah dibangunkan dan dimanipulasi dengan dua kaedah di atas bagi menganalisis kesesuaian tapak dan menghasilkan paparan peta akhir menunjukkan kawasan-kawasan yang sesuai dengan pembinaan sekolah baharu. Keberkesanan pemilihan tapak dan penyediaan kemudahan awam ini memperbaiki taraf hidup pada masa yang sama meningkatkan keselesaan pengguna khususnya kumpulan sasaran.



Tahniah Sekolah Kebangsaan Gentisan, Kota Kinabalu dengan pencapaian ini.

Recent comment in this post - Show all comments
  • Elsie S Giluk says #
    Excellent Job SK Gentisan
Hits: 2284
Rate this blog entry:
Continue reading 1 Comment

 

Taklimat Semakan Sub PLC Maklumat SK (c) Anglo Chinese & SK Bukit Padang

Semakan Google Drive Maklumat 

Semakan Aktiviti Maklumat 

Semakan Aktiviti PLC 

 

 

Taklimat Semakan Sub PLC Maklumat SK (c) Anglo Chinese & SK Bukit Padang telah dilaksanakan pada 4 Mei 2017 dengan kehadiran sub PLC SK (c) Anglo Chinese & SK Bukit Padang yang turut membincangkan apa perancangan akan datang untuk sekolah masing masing dan apa pencapaian JPMS sekolah yang telah dilaksanakan. Taklimat yang turut dihadiri oleh Cikgu Lorrendah James Penolong Pegawai Pendidikan PPD Kota Kinabalu.

Terima kasih kepada semua sekolah yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk kecemerlangan JPMS sekolah masing masing.

 

Hits: 83
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Penanda Arasan PPD Kota Bahru, Kelantan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Penanda Arasan adalah tertumpu kepada Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota KInabalu yang berkonsepkan

Pengurusan Maklumat Bestari Abad 21 

Sekolah yang telah dilawat adalah 

SK Sacred Heart, SK (c) Anglo Chinese, SM Tebobon & SM Sanzac 

 

 

 

 

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bahru, Kelantan telah berada di PPD Kota Kinabalu untuk penanda Arasan Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu bermula pada 26 April sehingga 27 April 2017 

Rombongan yang diketuai oleh Tuan Ismail Tuan Ibrahim Ketua Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Bahru, Kelantan.Rombongan yang ingin mendapatkan ilmu berkaitan Pengurusan Maklumat Bestari Abad 21 yang telah menjadi amalan PPD Kota Kinabalu untuk UPMICT PPD Kota Kinabalu.Pendekatan pembelajaran abad 21 menjadi salah satu pendekatan yang utama dalam pengurusan Maklumat & ICT.Rombongan juga telah dibawa ke Sekolah Menengah Sanzac, Sekolah Menengah Tebobon, SK (c) Anglo Chinese & SK Sacred Heart Kota Kinabalu.Antara sekolah yang dilawat ini adalah sekolah yang mempunyai Rasberry PI Lab iaitu SK (c) Anglo Chinese yang menjadi salah satu yang pertama di Sabah dan Kota Kinabalu khasnya.

Tahniah kepada sekolah yang terpilih untuk lawatan penanda arasan untuk Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu.Moga dengan lawatan ini akan dapat melonjakkan lagi semangat dalam melaksanakan PLC dalam Maklumat & ICT.

Hits: 45
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

 

Unit Pengurusan Maklumat & ICT membuat kemaskini berita aktiviti yang telah dijalankan di PPD Kota Kinabalu melalui unit unit yang ada di PPD Kota Kinabalu supaya Unit dapat mengenal pasti aktiviti yang telah mereka jalankan sepanjang perlaksanaan program di PPD Kota Kinabalu< Tahniah dan terima kasih kepada Unit Pengurusan Sekolah Encik Roslee, SISC+ Puan Junaida, UPA LINUS Puan Suzie, Unit Pembangunan & Bekalan Encik Sarin Baharuddin dan Unit Jaminan Kualiti Encik Ehram dan ENcik Hafiz yang dapat membuat kemaskini berita aktiviti yang telah mereka jalankan.

Pengurusan Bestari Maklumat Abad 21 - Dare To Change 
Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Hits: 207
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Taklimat yang melibatkan semua Ketua Penyelaras Bestari ICT, Ketua Kumpulan Guru Data Maklumat & Ketua Kumpulan Juruteknik 

 

Taklimat Unit Pengurusan Maklumat & ICT yang melibatkan Guru Data Maklumat, Penyelaras Bestari & ICT dan Juru Teknik Komputer berkaitan dengan Konsep Pengurusan UPMICT di PPD Kota Kinabalu telah dibuat pada 4 Ogos 2016 dimana UPMICT mengamalkan konsep Pengurusan Bestari Maklumat Abad 21 untuk mengetengahkan ICT dan Maklumat dalam pengurusan sekolah dan juga pengurusan PPD, dengan cara ini PPD Kota Kinabalu terutamanya UPMICT dapat menggunakan kekuatan ICT untuk disalurkan kepada Pengurusan Sekolah dan P & P Sekolah.Pendekatan 4K dalam Pengurusan Bestari Maklumat UPMICT PPD Kota Kinabalu telah menghasilkan TMK Negeri, TMK Kebangsaan iaitu SK (c) Anglo Chinese dan Penanda Arasan Negeri dan Daerah Maklumat SM Tebobon.

 

Hits: 226
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

Validasi Modul Pengurusan Sekolah untuk Sistem Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah dilaksanakan pada 25 Julai 2016 bersamaan hari Isnin di Bilik Mesyuarat Utama Sri Manukan, PPD Kota Kinabalu yang telah dihadiri oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat SPMICT Encik Wan Zainuddin Awang dan Penolong Pengarah Unit Pengurusan Maklumat & ICT, SPMICT Encik Jafnar Aludin.Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu juga membentangkan Kertas Konsep Pengurusan Bestari Maklumat Abad 21 yang diamalkan di PPD Kota Kinabalu. UPMICT PPD Kota Kinabalu juga membuat Potluck Aidilfitri mereka yang melibatkan Guru Data Maklumat, Penyelaras Bestari & ICT serta Juruteknik Komputer yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan PPD Kota Kinabalu Umin Hj Sadi ke majlis tersebut.Ucapan tahniah kepada semua warga UPMICT yang telah bertungkus lumus untuk persediaan Potluck Aidilfitri ini.

 

 

 

 

 

Hits: 141
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu membuat rakaman ucapan Aidilfitri pada 24 Jun 2016 bersama Crew Pengurusan Teknikal PPD Kota Kinabalu untuk disimpan menjadi kenangan dan ingatan semua warga PPD Kota Kinabalu dimana, rakaman yang dimulakan dengan PPD Kota Kinabalu sehinggalah kepada AKP yang setia membantu PPD Kota Kinabalu dalam melicinkan tugasan harian.

Ucapan ini nanti dapatlah dilihat di Channel Youtube Rasmi PPD Kota Kinabalu yang bakal menyaksikan aktiviti daripada warga PPD Kota Kinabalu 

Hits: 217
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

TAKLIMAT KETUA PLC PENYELARAS BESTARI ICT PPD KOTA KINABALU 

TARIKH : 22 JUN 2016 

LOKASI : BILIK MAMUTIK, PPD KOTA KINABALU 

 

Taklimat melibatkan ketua PLC Penyeleras Bestari telah disampaikan oleh Encik Mohd Idremzizan Idris Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu yang banyak berkisar berkaitan dengan pemahaman fail meja masing masing agar tidak ada penyeleras bestari yang masih belum tahu bidang tugas masing masing.Jadual waktu mengajat penyeleras bestari juga ditimbulkan untuk perbincangan kerana mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2015 Penyeleras Bestari diperuntukkan waktu mengajar sebanyak 6 - 8 waktu seminggu.

Makluman paling penting adalah Kertas Konsep Pengurusan Bestari Maklumat Adab 21 PPD Kota Kinabalu yang akan memberikan konsep adab 21 dalam menyelesaikan tugasan dan permasalahan yang timbul terutamanya melibatkan Maklumat & ICT.

Ketua Penyelaras Bestari ICT PPD Kota Kinabalu adalah :

SM Sanzac 
SMA Tun Ahmad Shah 
SM La Salle 
SK Inanam 2
SK Sacred Heart 
SK Bukit Padang 
SK (c) Anglo Chinese
SK Lapasan 
SK Tebobon 

Hits: 225
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Taklimat dimulakan dengan ucapan daripada Pegawai Maklumat.Pegawai SPMICT JPN, Sabah yang hadir adalah Encik Wan Zainuddin Hj Awang Taklimat dimulakan dengan memberikan maklumat berkaitan dengan ralat yang timbul setelah ditunjukkan kepada semua GDM PPD Kota Kinabalu mereka diberikan masa untuk membetulkan ralat yang timbul sebelum di stamping terima menjadi data yang sahih PPD Kota Kinabalu.

Encik Wan Zainuddin telah memberikan 4 perkara penting kepada GDM PPD Kota

Kinabalu yang merupakan fokus utama pada 2016 iaitu :­

1. SKT Pengarah iaitu zero ralat untuk sistem MPS ini

2. Menjadikan JPMS cemerlang dan berfungsi,

3. Pendaftaran SSO dilaksanakan oleh semua guru

4. EKMLTK difahami definisi dan fungsinya

Encik Wan Zainuddin juga memberikan pesanan kepada GDM PPD Kota Kinabalu bahawa apabila disebut perkataan Kota Kinabalu ianya bukan menjadi No.1 tetapi sentiasa menjadi yang No.1 dan selalu melihat perkara diluar kotak pemikiran. Encik Wan Zainuddin juga mengucapkan tahniah kepada UPMICT PPD Kota Kinabalu kerana berjaya membuat Bot Telegram untuk kegunaan GDM dan Apps PPD Kota Kinabalu yang juga menjadi PPD pertama membuat apps seperti itu diantara PPD yang ada. Encik Wan Zainuddin mohon kepada GDM andai ada peluang turut serta dalam lawatan muhibbah kerana daripada sana GDM akan dapat melihat kekuatan dan berkongsi pengetahuan dari sudut penyampaian maklumat yang dilaksanakan di peringkat sekolah.Beliau juga mengucapkan tahniah dengan kejayaan lawatan GDM PPD Kota Kinabalu ke Johor pada tahun yang lalu.Maklumat telah distamping pada jam 11.45 pagi disaksikan oleh Encik Wan Zainuddin Hj Awang. Beliau juga turut menyerahkan surat lantikan Ketua Ketua kumpulan MPS PPD Kota Kinabalu 2016 

Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu turut menyentuh :-

i. Pegawai Maklumat meminta dimaklumkan andai ada jadual waktu yang melebih 20 waktu diberikan kepada GDM PPD Kota Kinabalu

ii. Perkara wajib yang perlu ada setiap kali JPMS dilaksanakan adalah Buku Statistik

iii. Plan Taktikal UPMICT akan mula dibentangkan Mac 2016

 

 Maklumat PPDKK terutamanya MPS telah dikemaskini dan diverifikasi bersama 82orang guru data bersama sama dengan Ketua Unit Pengurusan Maklumat, SPMICT JPN Sabah

 

Encik Wan Zainuddin Hj Awang Memberikan Ucapan kepada semua GDM Kota Kinabalu 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hits: 327
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tebobon Encik Harris yang turut sama menyambut Rombongan Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Vokasional Teknik Likas yang turun membuat penanda arasan kesana untuk langkah menjadikan Kolej Vokasional Teknik Likas satu JPMS yang bakal cemerlang pada tahun hadapan 2016.Rombongan yang turut disertai oleh semua Penolong Kanan yang lain daripada Kolej Vokasional ini dapat melihat sendiri bagaimana persediaan JPMS dan analisis maklumat ini disalurkan di SMK Tebobon.

 

Cikgu Suzemey Ayu Ramli yang sedang memberikan penerangan kepada rombongan berkaitan dengan aturcara JPMS di SMK Tebobon.

Hits: 150
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

Taklimat Pengurusan Bestari ICT Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

pada 26 Februari 2015 di Bilik Sri Manukan, PPD Kota Kinabalu 

Membincangkan Hari bersama Bestari ICT PPD Kota Kinabalu 

mencari JU Bestari 2015 seramai 12 orang 

Hits: 228
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Pemantauan SK Gudon pada Khamis 26 Februari 2015 

Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu telah membuat pemantauan untuk Jawatankuasa Maklumat Sekolah SK Gudon, Kota Kinabalu 

Tindakan yang perlu adalah melantik Guru Data Maklumat yang baru dan Penyelaras Bestari Sekolah Rendah Gudon 

UPMICT juga melihat keadaan Makmal Komputer dan talian 1Bestarinet disana.

Yang hadir untuk pemantauan adalah James Gonius dan Mohd Idremzizan bin Idris 

Hits: 336
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

Taklimat JU Maklumat telah diadakan pada hari Khamis pada 26 Februari 2015 bermula jam 2PM - 5PM yang membincangkan Modul Analisis JPMS dan JPMD PPD Kota Kinabalu 

Lantikan JU Maklumat telah dipilih seramai 12 orang untuk membantu Unit Pengurusan Maklumat & ICT dalam membuat analisis maklumat Sekolah & PPD 

Sekolah yang hadir adalah :

SM La Salle 
SM Maktab Sabah 
SM Lok Yuk Likas
SM Tebobon 
SK Bukit Padang 
SK (C) Anglo Chinese 
SK Sri Gaya 
SK Inanam 2 
SK Sacred Heart 

 

Hits: 215
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

Terima kasih kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu kerana memberikan sokongan kepada Lawatan Penanda Arasan Unit Pengurusan Maklumat & ICT Kota Kinabalu ke Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Johor Bahru telah dilaksanakan pada 28 - 30 Januari 2015 dimana membawa bersama 17 buah sekolah Menengah dan Rendah :

  • SM La Salle
  • SM Tebobon 
  • SMK Likas
  • SMA Tun Ahmad Shah
  • SMA Kota Kinabalu 
  • Kolej Vokasional 
  • Sekolah Integriti 
  • SK Inanam 2 
  • SK Sri Gaya
  • SK Kolombong
  • SK Kebayau 
  • SK Pulau Gaya
  • SK (c) Anglo Chinese 
  • SJKC St Peter Telipok
  • SK Tanjung Aru 2
  • SK Sacred Heart 

 

Unit Pengurusan Maklumat & ICT bersama GDM Kota Kinabalu pada 28 Januari 2015 untuk lawatan penanda arasan Johor Bahru 

Tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor dijemput oleh PPD Johor Bahru 

Lawatan Penanda Arasan ke Unit Pengurusan Maklumat PPD Johor Bahru bersama Encik Saliman Selamat Penolong PPD Pengurusan Sekolah 

Cenderhati daripada PPD Johor Bahru untuk Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu 

Cenderhati daripada PPD Johor Bahru 

Perkongsiaan daripada PPD Johor Bahru berkaitan dengan aktiviti Emersion & pembelajaran abad ke 21 

Taklimat bersama Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Johor Bahru

 

Lawatan ke Sekolah Menengah Tasek Utara 2 bersama Pengetua Puan Subaidah Binti Paidi dan perkongsiaan JPMS Negeri daripada SK (c) Anglo Chinese, Kota Kinabalu

Lawatan ke Sekolah Rendah Larkin 1 dan sekaligus membuat perkongsiaan JPMS Negeri daripada SK (c) Anglo Chinese, Kota Kinabalu 

Orang kuat Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Johor Bahru Encik Amran A.Bakar & Encik Muhammad Azlan Shah bin Abdul Rahim

 

Antara dapatan lawatan ialah membincangkan anjakan utama transformasi sistem yang ke 7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, selaras dengan perubahan analisis maklumat menjadikan Pengurusan Maklumat ini adalah satu perkara yang sangat penting pada gelombang ke - 2 dan seterusnya nanti.Malah lawatan penanda arasan ini dapat memberikan motivasi kepada JPMS disekolah untuk melihat bagaimana Pengurusan Maklumat disusun atur disemua peringkat.

 

 

Hits: 899
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments
Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT