Highlight Bulan Ini  

\"\"

 

 

 

Informasi Unit PPD Kota Kinabalu

Ini adalah ruangan infomasi aktiviti, tugasan, pelaporan dan analisa maklumat setiap PPD Kota Kinabalu

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Bloggers
    Bloggers Search for your favorite blogger from this site.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

Sekolah Menengah Perempuan telah membuat Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Sekolah pada 7 September 2016 yang bermula 130PM sehingga 330PM, dimana Guru Data Maklumat SM Perempuan telah membuat pembentangan dengan baik perjalanan maklumat yang ada disekolah untuk kegunaan rujukan pihak pentadbir sekolah.Turut hadir adalah Encik Mohd Idremzizan Idris Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu menjadi pemerhati perjalanan maklumat yang dibentangkan.

 

 

PK HEM yang hadir untuk penerangan Data Pengurusan Murid di SM Perempuan

 

 

Pembentangan Konsep Pengurusan Bestari Maklumat Abad 21 yang menjadi pengisian Dare To Change PPD Kota Kinabalu untuk Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

 

 

 

Hits: 169
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

ANUGERAH PEMIMPIN TMK KEBANGSAAN 2016 

 
 
Inilah kali pertama idea menjadikan Pengurusan Maklumat, Pengurusan Bestari & Pengurusan Teknikal September 2012 dicetuskan kepada SK (c) Anglo Chinese hadir pada ketika itu adalah Encik Francis Langkap Sektor Pengurusan Maklumat & ICT, JPN Sabah dan Encik Mohd Idremzizan Idris Pegawai Maklumat & ICT , Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu.
 
 
AJK ICT SK (c) Anglo Chinese menjadi peneraju idea yang dilontarkan oleh UPMICT, PPD Kota Kinabalu pada September 2012 dulu 
 
 
SK (c) Anglo Chinese PPD Kota Kinabalu dinobatkan menjadi Johan Pemimpin TMK Kebangsaan pada 15 Mei 2016 
 
 
Guru Besar SK (c) Anglo Chinese Puan Ong Kooi Huong dan Guru Data Maklumat Encik Kenneth Liew  Yit Chun  bersama Encik Mohd Idremzizan Idris Unit Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu dan Encik Tham daripada Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Sabah serta Encik Adrian yang mewakili Teknikal PKG, PPD Kota Kinabalu 
 
 
 
 
Tahniah dengan kejayaan 
 
Pada September 2012 disanalah bermula idea untuk menjadikan Pengurusan Maklumat, Pengurusan Bestari ICT dan Pengurusan Teknikal untuk PPD Kota Kinabalu sebagai satu perkara yang akan menjadi kepentingan kepada PPD Kota Kinabalu khasnya Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu.Apabila menjadikan UPMICT mewujudkan tiga sub unit kecil dalam membantu UPMICT ini barulah dapat dicari dan dikelaskan kekuatan ICT terutamanya Inovasi ICT untuk digunakan semua  aras pendidikan bukan sahaja untuk ICT & Maklumat. UPMICT, PPD Kota Kinabalu telah memilih beberapa sekolah dan salah satunya pada masa itu adalag SK (c) Anglo Chinese yang telah menyahut cabaran idea ini dengan sentiasa berbincang dengan PPD Kota Kianbalu bagaimana cita cita itu boleh dicapai.
 
SK (c) Anglo Chinese telah memulakan agenda untuk idea ini dengan mendapat anugerah JPMS Daerah Terbaik PPD Kota Kinabalu kemudian JPMS Negeri terbaik.Dengan itu semangat sepasukan diwujudkan dikalangan maklumat, bestari ICT & Teknikal untuk menjadikan program yang disusun disekolah bersama ibubapa, guru dan murid sentiasa mendokong idea yang telah dilontarkan.
 
Tidak dinafikan Pentadbir Guru Besar SK (c) Anglo Chinese Puan Ong Kooi Huong menjadi pembakar semangat dan pencetus banyak idea yang sangat cemerlang untuk ICT & Maklumat diperingkat sekolah.Beliau tidak pernah menjadikan alasan tidak tahu ICT sebagai satu perkara yang beliau tidak boleh berubah dan belajar menjadi pentadbir ICT. Inilah salah satu perkara yang perlu dipelajari bagaimana seorang guru besar yang bukan ICT akhirnya menjadi seorang pemimpim TMK peringkat Negeri dan peringkat Kebangsaan.
 
Tahinah kepada team Maklumat & ICT SK (c) Anglo Chinese  yang menjadi model kepada semua pengurusan ICT di sekolah sekolah PPD Kota Kinabalu 
 

Guru besar Puan Ong Kooi Huong
Guru Data & Maklumat En.Kenneth Liew Yit Chun
Guru Penyelaras Bestari En. Lawrence Ling Kie Hung
Juruteknik FT17 En.Christopher Taikun

UPMICT PPD Kota Kinabalu sangat bangga dengan pencapaian SK (c) Anglo Chinese yang berjaya dinobatkan Pemimpin TMK peringkat Kebangsaan semasa makan malam hari guru di Kota Kinabalu pada 15 Mei yang lalu.Perancangan UPMICT, PPD Kota Kinabalu menjadi kenyataan dengan wujudkan satu pasukan ICT yang dijadikan penandaaras oleh semua warga ICT di PPD Kota Kinabalu dan sekarang ianya menjadi penandaaras oleh para rakan di ICT di Negeri Sabah.

 
Hits: 428
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

28 Januari 2016 bersamaan Hari Khamis menyaksikan SK Sacred Heart menjadi tuan rumah untuk PLC Tanjung Aru dimana menjadi Hub Frog VLE yang menjadi pemangkin ICT dalam gelombang ke 2 PPPM yang mana sekolah akan menjadi VLE sebagai satu cara pembudayaan ICT dimana mana sahaja.Yang turut sama didalam Perasmian tersebut adalah Puan Norliah Ashkar Hasbollah daripada Frog Asia Zon Sabah, Encik Mohd Idremzizan bin Idris Wakil PPD Kota Kinabalu daripada Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu, Puan Rebecca Joanis daripada BTPN Sabah, Encik Azlan Umpai Pegawai Teknologi Maklumat, PKG Kota Kinabalu antara Guru Besar yang hadir pada acara tersebut adalah Guru Besar SK Tanjung Aru 1 Cikgu AlHazmi, Guru Besar SK Kepayan Cikgu Sabariah, Penolong Kanan pentadbiran dan penyelaras bestari juga turut sama dalam acara tersebut.

 

 

Kata Kata alu aluan daripada Guru Besar SK Sacred Heart Encik Simon Lim 

 

Penerangan ringkas daripada Puan Norliah Ashkar Hasbollah

 

Perasmian oleh Wakil PPD Kota Kinabalu, Encik Mohd Idremzizan bin Idris Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu 

Cenderhati dari pihak PKG untuk PPD Kota Kinabalu 

 

Program ini adalah salah satu usaha membudayakan ICT dalam kehidupan sekolah yang perlu usaha yang berterusan daripada semua pihak agar mendapat hasil yang baik daripada semua peringkat.Tahniah kepada SK Sacred Heart kerana berani merubah cara pembudayaan ICT disekolah dan untuk PLC Tanjung Aru umumnya dan PPD Kota Kinabalu khasnya.

 

Hits: 354
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Taklimat RPH dalam Google Drive 
Lokasi : SMK Agama Tun Ahmad Shah 
Unit Pengurusan Maklumat & ICT, PPD Kota Kinabalu 

Tahniah kepada Sekolah Menengah Agama Tun Ahmad Shah yang telah memilih penggunaan Google Drive untuk membuat RPH dalam talian yang bermula tahun hadapan 2016 dan ini adalah salah satu cara untuk guru guru akan terus belajar untuk mengenali satu teknologi yang baru dan memudahkan tugas dalam membuat RPH ini pada tahun hadapan.Pengetua TUNAS Dr. Hj. Mohd. Kassim Tusin yang begitu positif dengan perkara ini turut memberikan kata kata semangat kepada semua guru gurunya agar dapat menjadikan cabaran ini sebagai satu yang perlu diharungi bersama dalam satu pasukan.TUNAS antara sekolah pertama yang menjemput Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu untuk memberikan taklimat penggunaan Google Drive yang juga menjadi salah satu brand UPMICT iaitu "Drive Thru Maklumat PPDKK" yang telah diperkenalkan 2 tahun yang lalu kepada semua warga PPD Kota Kinabalu.

Pihak sekolah yang begitu positif menerima cabaran ini amat seronok untuk mencuba sesuatu yang baru didalam dalam penghasilan dan penyimpanan RPH yang pastinya akan menjadi cukup berbeza dengan tahun tahun sebelum ini.Pengetua juga turut berkata "Kalau kita tidak berani mencuba sesuatu yang baru dalam pengurusan kita, sebenarnya kita masih tidak kemana mana"


Hits: 145
Rate this blog entry:
0
Continue reading 0 Comments

 

Tarikh : 26 Januari 2015 

Masa : 9 Pagi - 2 Petang 

SPS adalah satu cara pengurusan maklumat yang tunggal dimana maklumat SPS dibahagikan kepada Sistem Pengurusan Sekolah diisi dalam EMIS, Sistem Pengurusan Murid diisi dalam APDM dan Sistem Pengurusan Guru diisi dalam EOPERASI 

 

Ucapan Ketua Unit Pengurusan Maklumat & ICT Encik James Gonius memberikan ucapan kepada semua Guru Data PPD Kota Kinabalu, sekaligus memberikan penerangan berkaitan memperkasakan Unit Pengurusan Maklumat & ICT.Kehadiran Encik Razmeh Rahman Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat & ICT JPN Sabah dan Encik Jenry Pegawai Maklumat SPMICT JPN Sabah memberikan taklimat berkaitan SPS untuk PPD Kota Kinabalu

Encik James turut mengucapkan tahniah kepada Unit Pengurusan Maklumat yang bakal membuat lawatan Penanda Arasan di PPD Johor Bahru pada 28 - 31 Januari 2015.Seramai 20 orang GDM PPD Kota Kinabalu.

 

 

 

 

Taklimat ini menerangkan kepada semua JPMS PPD Kota Kinabalu perlu diperkasakan untuk memantapkan Pengurusan Maklumat disetiap sekolah.Tumpuan SPS untuk GDM adalah menumpukan kepada Bangunan dan Peralatan yang ada disekolah masing masing.

 

Hits: 447
Rate this blog entry:
Continue reading 0 Comments

 

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Mempunyai seramai 50 pegawai dan 23 staff sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka.Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu yang terletak di aras 5 bangunan KWSP menempatkan  10 unit yang besar untuk menyelia dan memastikan 82 buah sekolah didaerah Kota Kinabalu berada dalam keadaan cemerlang.

 

 

 

 

Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula dilaksanakan di semua sekolah mulai 1 Januari 2015, menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 21/2014: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bertarikh 24 Disember 2014. Garis Panduan Pelaksanaan SPS disertakan bersama-sama surat siaran tersebut sebagai panduan umum pelaksanaan SPS pada semua peringkat. 

Sistem Pengurusan Sekolah mempunyai modul :-

Sistem Pengurusan Sekolah : Unit Pengurusan Maklumat & ICT 

Sistem Pengurusan Murid : Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Sistem Pengurusan Guru : Unit Pengurusan Sekolah 

Go to top
Portal Diselia Oleh Unit Pengurusan Maklumat & ICT